KOPERASI UNIKEB BERHAD [ 4877 ] ditubuhkan pada 14 September 1973 bertujuan untuk memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan meningkatkan sosioekonomi serta kebajikan Anggota dan masyarakat setempat. Keanggotaan UNIKEB terbuka hanya untuk pekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Subsidiarinya, pekerja di Koperasi UNIKEB Berhad dan pasangan kepada Anggota sahaja. UNIKEB adalah koperasi Kluster Besar dengan fungsi Pengguna.
Menjalankan beberapa aktiviti perniagaan utama yang terdiri daripada; Pembiayaan (Personal Loan), Peruncitan (Umart), Hartanah, Ar-Rahnu & Kedai Emas, Stesen Minyak Petronas, Dagang & Pemasaran. Beriltizam untuk menjadi sebuah koperasi model dengan ke lestarian dan kemampanan yang dapat dibanggakan agama, bangsa dan negara.
Koperasi Unikeb Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:
Jawatan yang ditawarkan
- Eksekutif Teknologi Maklumat
- Koperasi Unikeb Berhad
- Kajang/Bangi/Serdang
- MYR 1,610 – MYR 3,130
- Melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pencegahan (preventive maintenance) perkakasan komputer secara berkala,
- Memantau dan mengurus rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server.
- Bertindak sebagai help-desk (menerima aduan dan membuat troubleshoot awal kerosakan, aplikasi sistem dll
- Mengawal selia laman web dan media sosial UNIKEB (FB, Twitter, Instagram dll)Bertanggungjawab membuat penambahbaikan aplikasi web sedia ada
- Bertanggungjawab membangunkan aplikasi web dan pengkalan data mengikut keperluan semasa
- Bertanggungjawab memastikan aplikasi web dan pengkalan data berjalan dengan lancar
- Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa
Kelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional
Syarat Lantikan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer/Teknologi Maklumat/IT Yang diiktiraf oleh kerajaan
- Keutamaan akan diberikan sekiranya mahir dalam pengendalian server dan network
- Mempunyai penelitian dalam melakukan sesuatu tugas.
- Komited, berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan dapat berkomunikasi dengan baik pada pengurusan kakitangan dan pihak luar
- Boleh bekerja dalam tekanan dan menghadapi ‘deadline’ yang singkat
- Berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum
- Boleh bekerja lebih masa sekiranya diperlukan.
- Mahir dalam penyediaan poster
- Kemahiran dalam photoshop dan vector adalah kelebihan calon
Cara Mohon
Mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap di portal kerja. Borang boleh diisi di link yang di sediakan di sini ===> Permohonan Dibuka Bagi Jawatan Eksekutif Koperasi UNIKEB Gaji Sehingga RM3,130
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita