Para graduan yang baru bekerja mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa kita perlu mengisytihar dan membayar cukai pendapatan secara tahunan. Bagi yang baru, anda pasti pening memikirkan perkara ini dan tidak tahu untuk bermula dari mana.
Satu bebenang ciapan yang dikongsikan oleh Fateyha ini mungkin boleh membantu anda. Ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk ketahui langkah-langkah isytihar cukai.
Perubahan pada tahun 2015 mengenai individu yang perlu daftar fail cukai pendapatan
Menurut laman web LHDN, Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Masih Ramai Yang Tak Tahu Bila Kena Declare Tax Kan?
- GAJI melebihi RM34,000 selepas potongan KWSP
Boleh refer dekat EA form korang sebab situ gaji dia dah lump sump kan setahun berapa so korang dah boleh tahu lebih dari RM34,000 ke tidak
- NOMBOR CUKAI PENDAPATAN
Korang boleh pergi dekat website sini (https://byrhasil.hasil.gov.my/) nak tahu korang dah ade no. cukai ke belum. No. cukai dia sama ada SG atau -OG
- DAFTAR NO CUKAI
Nak daftar no cukai either korang pergi LHDN office yang berdekatan area tempat korang atau nak senang boleh register through websites je (https://edaftar.hasil.gov.my/)
(Refer websites LHDN je okay)
- NO PIN E-FILLING
No pin ni pula macam password sementara yang LHDN akan bagi dekat korang bila dah ade nombor cukai. Nak apply no pin ni pun boleh pergi kaunter LHDN atau through websites je (https://ez.hasil.gov.my/ci/Panduan/PanduanCI_PermohonanNoPIN.pdf)
Lepastu korang dah boleh set password dan username yang senang korang ingat.
Senang je kan? Semoga bermanfaat untuk semua
_____
Banyak lagi jawatan kosong dan maklumat terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita