Pada tahun 2024 ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing. Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah meneruskan pelaksaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR.
Bantuan ini merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024: –
Kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Di antara pelbagai bantuan yang telah diperlkenalkan pada tahun ini, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah antara bantuan yang menarik perhatian dan dinantikan. Pada asasnya STR adalah bantuan yang diberikan secara berfasa dengan kadar tertentu.
Bagi tahun 2024 ini, STR diberikan kepada kategori isi rumah, warga emas dan bujang yang menepati syarat-syarat berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran STR
Bagi tahun 2024 ini, jumlah pembayaran STR telah ditambah baik bagi meringankan beban rakyat sama ada berpendapatan rendah atau sederhana. Kadarnya pula berbeza mengikut kategori dan ditentukan berdasarkan pendapatan bulanan dan tanggungan masing-masing.
Berikut adalah maklumat jumlah bayaran keseluruhan STR bagi tahun iniu:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM1,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM1500
- Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM500
- Bilangan anak 1 – 2: RM750
- Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250
- Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Kadar STR: RM350
- Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- Kadar STR: RM600
Cara Memohon
Bagi mereka yang belum membuat permohonan, STR masih boleh dimohon secara dalam talian (online) atau manual dengan mengisi borang permohonan. Bagi permohonan secara dalam talian, ia boleh dibuat di Portal Rasmi STR melalui MySTR.
Borang yang lengkap itu perlu diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA
Bagi permohonan yang diluluskan, pembayaran STR akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima seperti maklumat ketika permohonan dibuat. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Maklumat lebih teliti berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.