Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM)
- EKSEKUTIF INTEGRITI GRED 11
- Taraf Jawatan: Kontrak
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI GRED 14
- Taraf Jawatan: Kontrak
- PENOLONG SAINTIS GRED 14
- Taraf Jawatan: Kontrak
Syarat-syarat Kelayakan Jawatan Kosong NIBM
EKSEKUTIF INTEGRITI GRED 11
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam atau Pengurusan atau bidang yang berkaitan dan
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; - Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman bekerja sebagai Pegawai Integriti dan berkebolehan untuk
melaksanakan program Organisational Anti-Corruption Plan (OACP); dan - Memiliki Sijil pengiktirafan bagi program Certified Integrity Officer (CeIO) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) adalah merupakan satu kelebihan.
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI GRED 14
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Veterinar/Sains Haiwan/Bioteknologi/Sains atau yang berkaitan dan
diiktiraf oleh kerajaan malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; - Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang Sains Haiwan. Walaubagaimanapun, calon yang tiada
pengalaman digalakkan memohon; - Calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam menggunakan peralatan seperti Cage and Rack Washer, Bottle Washing Station
and Sterilizers & terlatih dalam Laboratory Animal handling and husbandry adalah satu kelebihan; - Calon hendaklah mempunyai keupayaan sihat tubuh badan dan tiada alahan terhadap haiwan;
- Calon hendaklah mampu bekerja secara berdikari dan kerja berpasukan.
PENOLONG SAINTIS GRED 14
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Sains Haiwan/Bioteknologi/Sains atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh
kerajaan malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; - Mempunyai sekurang-kurangnya 1-3 tahun pengalaman dalam bidang Sains Haiwan. Walaubagaimanapun, calon yang tiada
pengalaman digalakkan memohon; - Calon bertanggungjawab dalam membantu saintis menjalankan kajian pra klinikal GLP, Non GLP dan terlibat dalam program
penternakan haiwan makmal; - Calon hendaklah mempunyai kemahiran analisis dan dokumentasi yang baik;
- Calon hendaklah mempunyai keupayaan sihat tubuh badan dan tiada alahan terhadap haiwan; dan
- Calon hendaklah mampu bekerja secara berdikari dan kerja berpasukan.
Deskripsi Tugas
EKSEKUTIF INTEGRITI GRED 11
- Bertanggungjawab dalam memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
- Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam Syarikat;
- Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan
tindakan susulan yang sewajarnya diambil; - Melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan syarikat yang sedang berkuatkuasa;
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika
syarikat; dan - Menjalankan sebarang tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI GRED 14
- Bertanggungjawab dalam aktiviti rutin harian penternakan haiwan makmal (pemberian diet harian dan air) untuk semua spesies
haiwan makmal dalam program pembiakan haiwan makmal mengikut pensijilan AAALAC; - Bertanggungjawab dalam aktiviti-aktiviti lain Laboratory Animal Husbandary bagi tujuan penyelidikan menggunakan haiwan
makmal dan program pembiakan; - Bertanggungjawab dalam pembersihan, pencucian dan pensterilan botol minuman & sangkar haiwan makmal secara harian. (Good
Documentation Practice); - Bertanggungjawab dalam aktiviti rutin pembersihan semua bilik pembiakan haiwan SPF mengikut peraturan dan panduan pensijilan
AAALAC pada setiap hari (7 hari seminggu); - Bertanggungjawab dalam aktiviti rutin penukaran liner Arnab dan ‘bedding’ Guinea Pig dua kali seminggu;
- Bertanggungjawab menjalankan aktiviti rutin menukar ‘bedding’ Rodent secara mingguan;
- Bertanggungjawab dalam aktiviti rutin pengumpulan dan pemisahan ‘dropping’ Arnab secara mingguan;
- Bertanggungjawab dalam aktiviti rutin penukaran sangkar haiwan (Arnab dan Guinea Pig) secara mingguan;
- Bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti rutin iaitu menimbang berat haiwan (Rodent, Arnab dan Guinea Pig) setiap minggu
untuk rekod program pembiakan; - Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
PENOLONG SAINTIS GRED 14
- Bertanggungjawab sebagai salah seorang Study Personnel di Unit Non-Clinical and Quality Control Testing ARF IPharm;
- Bertanggungjawab dalam penyediaan peralatan dan reagen bagi kegunaan kajian projek pelanggan (Contract Research Service) dan
penyelidikan; - Bertanggungjawab membantu saintis dalam melaksanakan prosedur haiwan (Rodent) untuk pemerhatian klinikal, pengendalian,
penjagaan, pembiakan, pengekangan dan pengenalan jantina haiwan; - Bertanggunjawab membantu saintis dalam melaksanakan prosedur haiwan untuk teknik memasukkan sampel (Sample Administration) termasuk suapan oral (Oral Gavage), suntikan sub-kulit (Sub-Cutaneous), suntikan intra-peritoneal (Intra- peritoneal) (IP), suntikan intra-otot (Intra-muscular) (IM), suntikan intravena (Intravenous) (IV), dan suntikan intradermal (Intradermal) (ID);
- Bertanggungjawab membantu saintis dalam melaksanakan prosedur haiwan untuk teknik pengambilan darah termasuk melalui vena ekor secara lateral (Lateral Tail Vein), pengambilan sampel arteri ventral / dorsal, sinus retro-orbital (Retro Orbital Sinus), tusukan jantung (Cardiac Puncture) dan vena jugular (Jagular Vein);
- Bertanggungjawab membantu saintis dalam melaksanakan prosedur haiwan nekropsi dan pengambilan tisu haiwan makmal kecil serta melaksanakan prosedur haiwan untuk teknik eutanasia termasuk penyedutan karbon dioksida (Carbon Dioxide Inhalation) atau dislokasi serviks (Cervical Dislocation);
- Bertanggungjawab sebagai salah seorang analyst dalam analisis patologi klinikal (hematologic, biokimia, urin dan histopatologi);
- Bertanggungjawab membantu penolong pegawai teknologi dalam rutin penjagaan haiwan makmal (hujung minggu/cuti umum); dan
- Bertanggungjawab sebagai salah seorang trainer bagi latihan kompetensi dalaman peralatan makmal dan prosedur haiwan yang dijalankan di ARF.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dengan menyertakan butir-butir peribadi, kelayakan serta pengalaman, nombor telefon untuk dihubungi, salinan sijil-sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
JABATAN SUMBER MANUSIA, NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA, Ibu Pejabat, Aras 1, Kompleks Agro-Biotechnology Institute (ABI), Jalan Bioteknologi, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Permohonna juga boleh dihantar ke alamat e-mel: [email protected]. Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat.
Hanya calon-calon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil ke peringkat yang seterusnya. Maklumat lebih terperinci (rasmi) boleh dilihat – DI SINI.