Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Skim Perlindungan mySalam (mySalam) bagi tahun 2024. Berikut adalah maklumat lanjut berkenan skim perlindungan ini:
Skim Perlindungan mySalam (mySalam) – Bantuan RM700
Skim Perlindungan mySalam (mySalam) pada asasnya merupakan Skim Perlindungan Takaful Percuma yang disediakan oleh kerajaan kepada golingan B40 di negara ini. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam.
Pada asalnya skim perlindungan ini dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun, bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023. Akan tetapi, disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan terhadap skim mySalam, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025.
Antara manfaat utama mySalam ini adalah manfaat hospitalisasi yang membolehkan penerima mySalam yang dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 dari kalangan B40;
- Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun;
- Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Semakan Status dan Cara Buat Tuntutan sehingga RM700
Bagi yang ingin membuat semakan status kelayakan mySalam, ia boleh dibuat di Portal Rasmi mySalam dengan mengisi maklumat nombor kad pengenalan (MyKad) di portal berkenaan.
Selain itu, mereka yang layak untuk skim mySalam juga akan dimaklumkan melalui kiriman SMS. SMS akan dihantar kepada penerima pada penggal pertama setiap tahun, atau setelah kemaskini data penerima Bantuan Khas Kerajaan selesai.
Bagi urusan tuntutan hospitalisasi, ia boleh dilaksanakan dengan tatacara berikut:
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
- Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah laman dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
- Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan
- Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
- Salinan Nota Discaj
- Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Elaun hospitalisasi hanya akan dibayar jika penerima bermalam di hospital. Contohnya seperti berikut:
- Contoh 1:
- Cik A dimasukkan ke wad pada 1 Januari 2024 dah keluar wad pada hari yang sama.
- Tiada elaun hospitalisasi yang akan dibayar.
- Contoh 2:
- Cik B dimasukkan ke wad pada 1 Januari 2024 dan keluar pada 3 Januari 2024.
- Elaun hospitalisai akan dibayar bagi 2 hari berjumlah RM100, bergantung kepada terma dan syarat mySalam
Bagi bayaran yang telah berjaya, penerima akan dimaklumkan melalui melalui SMS dan maklumat tersebut akan juga dimuat naik ke portal mySalam. Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seperti yang didaftarkan.
Tempoh proses tuntutan iadalah selama sepuluh 10 hari bekerja. Akan tetapi, ia tertakluk kepada penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap. Apabila tuntutan telah diluluskan untuk pembayaran, transaksi e-kredit akan selesai dalam jangka masa 2 hingga 3 hari bekerja.
Info Tambahan
Dimaklumkan bahawa mySalam adalah skim patuh Syariah kerana produk ini adalah produk takaful yang diuruskan mengikut prinsip-prinsip Syariah. Perunding mySalam turut bersedia untuk menjawab pertanyaan dan membantu mereka yang ingin mengemukakan tuntutan. Mereka kini berada di kios di hospital-hospital panel mySalam di seluruh Malaysia.
Untuk bantuan lanjut, boleh hubungi pihak mySalam di e-mel: [email protected], atau hubungi talian mySalam di 1 300 88 8938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.