Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
- Klasifikasi : Pendidikan
- Kumpulan : Pelaksana
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Gred Gaji : Dv29
- Jadual Gaji : RM1,549 – RM5,701
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil teknologi kejuruteraan/Sijil kejuruteraan dalam bidang berkaitanyang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan Bidang Akademik Elektrik yang memiliki persijilan kekompetenan seperti berikut:
- Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal/Tiga Fasa (PW2 atau PW4) dari Suruhanjaya Tenaga (ST); dan
- Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik (A0 atau A1) dari Suruhanjaya Tenaga (ST)
Deskripsi Tugas
- Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.
- Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.
- Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian.
- Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.
- Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya.
- Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan.
- Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya.
- Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.
- Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya.
- Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon Jawatan Kosong PERDA
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Sistem Perjawatan PERDA. Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat.
Permohonan bagaimanapun akan ditolak sekiranya:
- Permohonan tidak dibuat secara dalam talian;
- Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
- Permohonan tidak lengkap.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat/emel/sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan. Bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
Permohonan dibuka sehingga 21 OGOS 2024, RABU.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) boleh dilihat di Portal Rasmi PERDA – DI SINI.