Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan (sama ada Persekutuan atau Negeri) bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia diperkenalkan sebagai usaha untuk membantu mereka yang memerlukan khususnya di kalangan B40 dan M40.
Antaranya adalah bantuan-bantuan di bawah MAIDAM bagi tahun 2024 ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenan bantuan yang diperkenalkan:
Bantuan MAIDAM (Bantuan Awal Pengajian Dalam Dan Luar Negara)
Di bawah Yayasan Pendidikan MAIDAM, terdapat sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Awal Pengajian Dalam dan Luar Negara. Objektif utama bantuan ini adalah bagi membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam
menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.
Ia juga bertujuan untuk meringankan bebanan para ibu bapa dalam menampung kos keperluan pengajiananakanak mereka ke peringkat pengajian tinggi.
Berdasarkan jumlah Bantuan Awal Pengajian Dalam dan Luar Negara ini pada tahun lalu, ia ditetapkan seperti berikut:
- Bantuan Am Diploma & Ijazah Sarjana Muda
- Diploma: RM800
- Ijazah Sarjana Muda: RM1,000
- Bantuan Am Sijil, Sarjana & PHD
- Sijil: RM600
- Sarjana: RM1,500
- PHD: RM2,000
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon dan ibu bapa / penjaga adalah:
- Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun
sebelum melanjutkan pelajaran atau, - Pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun
- Beragama Islam, baligh, dan berakal;
- Pelajar baharu yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan permohonan sah dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh daftar pengajian;
- Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/ Pra-Diploma/ Asasi/ Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) serta layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian secara turutan ke atas;
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
- Pemohon:
- Telah diterima belajar di institusi;
- Institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
- Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan dan keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walau bagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan. pengajian tinggi di dalam negara atau luar negara atau;
- Permohonan bantuan tidak dapat dipertimbangkan sekiranya ibu dan bapa pemohon yang bekerja di Negeri Terengganu tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dilaksanakan secara dalam talian di Portal IPT Online Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Pemohon perlu membuat permohonan secara dalam talian dan memuat naik dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan. (Untuk permohonan kali pertama sahaja / tambahan tanggungan);
- Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan (bagi yang bekerja sendiri/ pesara swasta)/ penyata pencen/ kad pesara (bagi pesara kerajaan) yang terkini;
- Surat tawaran belajar yang rasmi;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Berhenti Sekolah/ Sijil-sijil berkaitan (Untuk permohonan kali pertama sahaja);
- Surat pengesahan mastautin terkini diperlukan bagi pemohon yang bukan rakyat negeri Terengganu yang telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut;
- Slip permohonan dan surat mastautin mestilah disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ Ketua Kampung/ Penghulu;
- Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara;
- Salinan sijil kematian/ penceraian ibu bapa. (Jika berkenaan);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara pembayaran bantuan ini pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima atau cara lain yang bersesuaian. Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini dan permohonan boleh dilihat serta dikemukakan – DI SINI.