Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)
PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29)
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Gaji Pokok : RM1,493
- Elaun Tetap Perumahan: RM300
- Elaun Sara Hidup : RM350
- Elaun ITKA : RM160
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan kosong;
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan.
Deskripsi Tugas
- Melapor kepada Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah;
- Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah mengkoordinasi penglibatan YWM dalam dasar-dasar Kerajaan memfokuskan kepada pembangunan wakaf negara melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Rancangan Malaysia lima tahun, Agenda Pembangunan Bumiputera dan lain-lain yang berkaitan;
- Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah merancang dan melaksanakan program pembangunan hartanah wakaf dengan kerjasama JAWHAR, MAIN Negeri sebagai Pemegang Amanah Tunggal dan juga pemegang-pemegang taruh (stake holders) wakaf lain;
- Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah merancang dan melaksanakan program pembangunan wakaf dan bukan wakaf bagi tujuan menjana pendapatan kepada YWM;
- Menyediakan analisa kewangan (financial analysis) dan due deligence bagi cadangan Projek Wakaf Ekonomi;
- Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah mendapatkan input bagi menyediakan tatacara pengurusan bagi proses-proses yang berkaitan dengan pelaksanaan program-program dasar dan pembangunan YWM;
- Membantu menyediakan input bagi penyediaan kertas dasar untuk diangkat ke Jawatankuasa berkaitan;
- Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah menyediakan input Bahagian bagi penyediaan Pelan Strategik dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) YWM;
- Membantu menyelaras mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan kerjasama dan lain-lain yang berkaitan;
- Membantu mengemaskini Fail Meja bahagian; dan
- Melaksanakan tugas-tugas umum pentadbiran Bahagian Dasar dan Pembangunan YWM.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat dengan menghantar resume lengkap dengan gambar dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. Pemohon perlu menyatakan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke alamat:
Bahagian Pengurusan
Yayasan Waqaf Malaysia
Aras 8, Blok D
Kompleks Islam Putrajaya
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya.
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat. Hanya calon yangmelepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Permohonan dibuka sehingga 09 Ogos 2024
Maklumat lebih terperinci (rasmi) boleh dilihat di Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) – DI SINI.
Info Tambahan
Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) ialah entiti wakaf kebangsaan dan telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).
Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) YWM dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Naib Pengerusi ialah Ketua Pengarah JAWHAR. Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah yang lain terdiri daripada wakil Majlis-Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), agensi kerajaan dan tokoh korporat.