Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Malaysia kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia
EKSEKUTIF ANALISA DATA
- Jenis Jawatan: Personel MySTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,000 – RM2,499
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah merupakan Warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Perlu memiliki tahap pemikiran kreatif, kritis dan analitikal yang tinggi;
- Mampu mengenal pasti tahap isu sama ada ianya pada tahap berita atau isu;
- Boleh membuat jangkaan terhadap sesuatu isu, sama ada ia berpotensi menjadi isu yang mencetus krisis atau kontroversi;
- Berupaya untuk menterjemah isu dan mencadangkan atau mengesyorkan strategi komunikasi yang berkesan kepada pemegang taruh;
- Mampu menterjemah dan menyusun data yang tidak berstruktur kepada data yang berstruktur untuk memudahkan penganalisaan, perumusan dan penyediaan laporan;
- Mempunyai empati dalam mendalami isu dan penghayatan isu;
- Kemahiran penggunaan analitik data raya (social media tools);
- Kemahiran penulisan dan penggunaan laras bahasa pelbagai yang tepat, padat dan ringkas;
- Mempunyai kemahiran, minat dan keinginan menggunakan media sosial yang terkini serta aktif dalam melayari posting dan mengikuti influencer serta media atas talian berkenaan dengan topik dan isu terutama berkaitan politik, ekonomi dan keselamatan.
Deskripsi Tugas
- Memantau,mengumpul dan menyelaras data dan reaksi daripada laman Media Sosial;
- Mengenalpasti isu yang trending /viral dan memberi pencerapan serta perincian dari pelbagai sudut;
- Menyediakan analisis data, reaksi, infografik di media sosial;
- Menyediakan laporan khas analisis sentimen bagi Isu Laporan Khas;
- Menyediakan laporan pemantauan Isu dan reaksi bagi pemantauan Media Sosial secara harian / by request oleh pihak pengurusan.
Cara Memohon Jawatan Jabatan Penerangan Malaysia
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan mendaftar dan membuat permohonan jawatan sesuai dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat. Hanya calon yangmelepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Sejarah jabatan ini bermula dengan The Malayan Information Agency yang ditubuhkan pada tahun 1910 oleh The Government of the Federated Malay States. Tujuan utama penubuhan agensi ini ialah menjalankan fungsi sebagai Trade Commissionership for Malaya untuk menarik minat dan menyediakan maklumat berkaitan perdagangan dan eksport Malaya.
Pada tahun 1945, pusat-pusat penerangan telah ditubuhkan di bandar-bandar utama di seluruh negara sebagai tempat orang ramai berkunjung untuk membaca buku, mendengar radio dan melihat gambar-gambar yang dipamerkan mengenai peristiwa-peristiwa di dalam dan luar negara.
Jabatan Penerangan merupakan nama yang diguna pakai pada tahun 1950 menggantikan Department of Public Relations selaras dengan fungsinya sebagai lidah rasmi kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat mengenai falsafah, dasar, dan wawasan negara.
Kini, Jabatan diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Malaysia (KKMM) selepas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia beroperasi di Kompleks KKMM mulai tahun 2009 dan berkomunikasi seluruh negara melalui pejabat penerangan negeri dan daerah mendekati pelbagai lapisan masyarakat di peringkat akar umbi.