Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
- PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM 1,353 – RM4,005
- PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,696
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
- PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
- JURUUKUR BAHAN J41
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
- ARKITEK J41
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut syarat khusus setiap jawatan;
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon Jawatan Kosong MPKL
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Portal e-Jawatan MPKL. Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan jawatan pada 26 Julai 2024.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
MPKL merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi Daerah Kuala Langat. Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 150,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
Bagi MPKL, ia mempunyai misi untuk melaksanakan gugusan perbandaran yang lestari dan bertaraf global melalui jalinan kerjasama pintar bersama komuniti bagi membangunkan bandar berdaya huni.
Visinya pula adalah Kuala Langat perbandaran yang mampan, komprehensif dan berdaya saing menjelang 2025 dan dengan moto: Kuala Langat Indah, Harmoni dan Bestari. Objektif utama MPKL adalah:
- Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan;
- Memperkukuh dan memantapkan kecekapan pengurusan kewangan bagi meningkatkan sumber hasil MPKL;
- Memantapkan pengurusan perkhidmatan perbandaran untuk kesejahteraan rakyat;
- Memperkasa tadbir urus MPKL menerusi adaptasi teknologi baharu;
- Mempergiatkan pembangunan fizikal bandar yang mampan serta mengutamakan pemeliharaan alam semulajadi untuk kesejahteraan sosio ekonomi warga Kuala Langat;
- Memantapkan pembangunan sosial untuk memelihara kehormanian dan kesejahteraan rakyat.
Fungsinya pula seperti berikut:
- Memastikan semua pembangunan atau kawalan pembangunan di kawasan MPKL dilakukan melalui Rancangan Struktur sedia ada dan Rancangan Tempatan yang telah diwartakan;
- Memperkasa Pengurusan Hasil;
- Memantapkan pembangunan perkhidmatan perbandaran dari aspek sampah, longkang, rumput dan jalan;
- Memastikan penyediaan dan penyelenggaraan intrastrukatur dan kemudahan awam sentiasa terkawal.
Piagam MPKL merangkumi: Penyediaan sumber manusia yang terlatih dan terbaik berasaskan budaya kerja cemerlang bagi memenuhi kehendak jabatan, masyarakat dan negara; Menguruskan kewangan dengan cekap dan telus berpandukan Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan; Menilai Cukai Taksiran dengan adil dan saksama serta menguruskan penggunaan kemudahan harta MPKL dengan cekap dan Mengawal segala bentuk aktiviti perniagaan menerusi suatu sistem yang efisien serta melaksanakan kerja yang berkualiti, terkawal dan terjamin.