Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Audit Negara kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara
PENOLONG JURUAUDIT GRED W29
- Kumpulan:Pelaksana
- Kementerian/Jabatan:Jabatan Audit Negara
- Jadual Gaji: RM1,498 – RM5,678
- Kekosongan: 23
- Simpanan: RM150
- Taraf Pelantikan:
- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
- Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
- Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08); atau
- Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh tutup permohonan pada 11 Julai 2024, Khamis.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Jabatan Audit Negara
Jabatan Audit Negara adalah jabatan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia kewangan di dalam Malaysia. Ia berobjektif untuk:
- Menyediakan laporan audit pada masanya untuk dikemukakan kepada Parlimen/ Dewan Undangan Negeri;
- Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan Laporan secara bebas dan adil;
- Memenuhi keperluan dan harapan daripada pemegang taruh dan Auditi;
- Menguruskan aktiviti audit dengan cekap dan berkesan;
- Menjadi Jabatan contoh dalam persekitaran sektor awam setaraf dengan negara maju.
Nilai-nilai utama jabatan ini pula adalah bebas melaksanakan tugas tanpa dipengaruhi dan diancam; profesional melaksanakan tugas dengan profesional dan menanda aras kerja pengauditan dengan standard antarabangsa; berintegriti bagi memastikan hasil pengauditan adalah boleh dipercayai; bertanggungjawab, menjadikan sifat amanah sebagai asas dalam pasukan kerja; menyediakan maklumat yang tepat dan memenuhi kehendak pemegang taruh.
Visinya Jabatan Audit Negara ialah sebagai Institusi Audit yang lebih bebas dan profesional serta bertaraf antarabangsa dan misinya – melaksanakan pengauditan secara profesional berlandaskan standard pengauditan antarabangsa bagi menghasilkan laporan audit yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan.