Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah bantuan bulanan di Kementerian Kewangan melalui Program Budi Madani yang telah diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini. Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tunai ini: –
Bantuan Tunai RM200
Budi Madani pada asasnya merupakan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia dan sebagai usaha pihak Kerajaan melaksanakan subsidi bersasar. Ia selepas Kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Di bawah program ini, terdapat dua jenis bantuan yang diperkenalkan iaitu Budi Agri-Komoditi dan Budi Individu. Kadar tunai kedua-dua bantuan ini adalah sebanyak RM200 dan diberikan setiap bulan kepada yang layak.
Budi Agri-Komoditi adalah sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Bantuan ini khusus diberikan kepada etani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Syarat-syarat kelayakan Budi Agri-Komoditi adalah seperti di bawah:
- Petani Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
- Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
- Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
- Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
- Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.
- Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
- Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
- Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
- Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.
Budi Individu pula adalah khusus diberikan kepada individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia. Syarat-syarat kelayakannya adalah seperti berikut:
- Pemohon
- Warganegara Malaysia; dan
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah.
- Kriteria Pemilikan Kenderaan
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
Cara Memohon
Permohonan Budi Agri-Komoditi dan Budi Individu boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi Budi Madani. Dimaklumkan juga bahawa permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun bermula pada 28 Mei 2024.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum tarikh 3 Jun 2024, pemohon akan menerima bayaran pertama mereka pada 10 Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan. Untuk yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 akan menerima Budi Madani pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.