Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)
- PEMBANTU AWAM GRED 11
- Jawatan : Pembantu Awam
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Setara Gred : Gred 11
- Jabatan : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
- Jadual Gaji : RM 1,218.00 dan elaun khas
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
- Jabatan : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
- Taraf Jawatan : Kontrak (Contract Of Service)
- Jadual Gaji : RM 1,493.00 dan elaun
Syarat-syarat Kelayakan
- PEMBANTU AWAM GRED 11
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Pemohon yang sedang berkhidmat dengan mana-mana jabatan/agensi kerajaan hendaklah memohon melalui ketua Jabatan masing-masing;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
- PEMBANTU AWAM GRED 11
- Membantu dalam pelaksanaan program dan aktiviti agama dan pengimarahan masjid;
- Menjaga peralatan kerja dan harta benda masjid;
- Menjaga kebersihan tandas lelaki dan perempuan di masjid;
- Menjaga dan menyelia kebersihan di luar / persekitaran masjid dan di dalam masjid;
- Menjaga dan menyelia tanaman pokok-pokok bunga di sekitar kawasan masjid; dan
- Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29
- Melaksanakan pemantauan terhadap premis dan guru sekolah agama rakyat dan swasta, maahad tahfiz serta pondok untuk memastikan perjalanan mengikut keperluan dan Enakmen Pengawalan Sekolah- sekolah Agama Islam Perlis;
- Melaksanakan program latihan kompetensi guru sekolah agama rakyat dan swasta, maahad tahfiz serta pondok bagi meningkatkan kredibiliti guru selaras dengan objektif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis;
- Membantu menyediakan buku teks dan buku latihan SAPPs agar isi kandungan mengikuti kurikulum yang telah ditetapkan dan selaras dengan Amanat Ketiga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis;
- Menyelaras pelaksanaan Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Swasta mengikut keperluan dan Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Perlis;
- Mengurus permohonan pelajar ke Timur Tengah untuk lepasan SPM dan STAM agar segala permohonan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia;
- Mengurus permohonan Sokongan Pas Lawatan Tenaga Pengajar dan Pelajar Warganegara Asing di Negeri Perlis bagi memastikan segala permohonan yang dikemukakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan daripada JAKIM dan juga Jabatan Imigresen Malaysia; dan
- Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat dengam mengisi borang permohonan. Ia kemudiannya perlu dilampirkan bersama resume pemohon dan salinan dokumen sokongan yang lengkap serta perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam Perlis
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar
PERLIS
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh tutup permohonan pada 25 Jun 2024, Selasa.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.