Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Angkasa Malaysia kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Agensi Angkasa Malaysia
PERSONEL MYSTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,000 – RM2,499
- Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & Caruman PERKESO.
Bidang Tugas
- Mengurusakan hal-hal pembangunan cadangan Akta Perintah Fi (Perkhidmatan Data dan Fasiliti) 2024 iaitu penetapan caj bagi perkhidmatan data dan juga fi lain yang tidak dimasukkan dalam Perintah Fi Tahun 2022;
- Menyediakan satu cadangan kadar bayaran bagi perkhidmatan yang telah dikenalpasti di Jabatan yang akan dikenakan caj perkhidmatan;
- Membuat promosi – promosi Perintah Fi Tahun 2024.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal MyFutureJobs. Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh tutup permohonan pada 10 Julai 2024, Rabu.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Sejarah penubuhan agensi ini adalah dengan tertubuhnya Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) pada 1988 adalah merupakan salah satu daripada lapan (8) komponen Program Remote Sensing Nasional Malaysia di bawah Jawatankuasa Remote Sensing Nasional (JKRSN) yang dipengerusikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. JKRSN kemudiannya telah dipindahkan ke bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) selaras fungsi MOSTE dalam bidang sains dan teknologi serta cadangan penubuhan MACRES di bawah MOSTE.
Pada 1991, MACRES telah diiktiraf sebagai Institut Penyelidikan Persekutuan dalam bidang remote sensing dan teknologi dan pada 1993 Bahagian Planetarium telah ditukar nama kepada Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) bagi menerajui penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi angkasa.
Menjelang 15 Februari 2008, MACRES telah dinaik taraf sebagai jabatan dengan nama baharuAgensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) bagi menerajui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan dan perkhidmatan data remote sensing standard dan tambah nilai secara bersepadu.
Pada 20 Februari 2019, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui penggabungan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Inisiatif penubuhan MYSA adalah bagi memastikan pembangunan dan pengurusan sektor angkasa negara yang lebih strategik, teratur dan komprehensif.
MESTECC seterusnya telah distrukturkan semula dan namanya telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berikutan Pembentukan Kabinet Kerajaan Baru yang diumumkan pada 9 Mac 2020.
Fungsi utama agensi ini adalah:
- Menerajui Pelaksanaan Dasar Angkasa Negara;
- Menerajui Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi, Aplikasi dan Sains Angkasa;
- Mengkoordinasi Perolehan Data Satelit (Remote Sensing) dan Menyedia Perkhidmatan Imej Satelit Melalui Sistem Aplikasi Strategik;
- Menyediakan Perkhidmatan Pengujian dan Pengukuran Sistem Angkasa;
- Memperkasa Keupayaan Negara Secara Menyeluruh dalam Sektor Angkasa; dan
- Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dalam Bidang Angkasa.
Piagam pelanggan bagi pengukuran dan pengujian berkaitan kejuruteraan mekanikal, persekitaran angkasa dan elektromagnetik merangkumi:
- Meningkat, merangsang dan memupuk keupayaan negara dalam bidang angkasa melalui usaha yang terkamir dan terselaras bagi membangun serta mengaplikasi teknologi angkasa untuk manfaat negara;
- Menyokong dan menambah nilai kepada dasar-dasar negara;
- Mempromosi kerjasama antarabangsa;
- Memajukan ilmu pengetahuan untuk manfaat kemanusiaan amnya dan rakyat Malaysia khususnya.