Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing. Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan. Ini adalah maklumat berkenaan bantuan tunai ini: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan secara berfasa bagi meringankan beban rakyat Malaysia dalam berdepan dengan kenaikan kos sara hidup. Ia juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan tunai yang telah diperkenalkan sebelum ini.
Mereka yang layak menerima STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Dalam masa sama, ada juga dikalangan penerima sedia ada STR yang layak menerima bantuan tambahan di bawah Sumbangan Asas Rahmah atau SARA. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan SARA ini.
SARA: Bantuan RM100 dikreditkan ke MyKad setiap bulan
Untuk makluman, SARA merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang lebih memerlukan dari kalangan B40. Ini adalah syarat-syarat kelayakan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
Kadar SARA adalah sebanyak RM1,200 bagi kategori isi rumah dan warga emas serta RM600 pula kepada kategori bujang. Bagaimanapu, pembayaran bantuan ini dibuat dengan dua kaedah iaitu:
Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (selain Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)
Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.
Cara Menggunakannya
Kepada yang menerima RM100 atau RM50 dalam MyKad, ia boleh digunakan untuk membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara.
Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.