Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)
- PERSONEL MYSTEP GRED 29 (KOMUNIKASI)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,500 – RM1,999
- PERSONEL MYSTEP GRED 19 (REKA BENTUK)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,500 – RM1,999
- PERSONEL MYSTEP GRED 29 (ICT)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,500 – RM1,999
- PERSONEL MYSTEP GRED 29 (GRAFIK)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,500 – RM1,999
Bidang Tugas
- PERSONEL MYSTEP GRED 29 (KOMUNIKASI)
- Membantu dalam pemantauan serahan pelaporan penggunaan lagu oleh RTM
- Menyemak dan mengesahkan data-data pelaporan penggunaan lagu oleh RTM yang akan diserahkan oleh kesemua stesen radio, stesen TV dan saluran media sosial RTM kepada Rakam Khanah di setiap bulan.
- Membantu muatnaik lagu-lagu dan bahan siaran radio ke dalam Sistem DIRA terutamanya lagu-lagu berbahasa Cina untuk kegunaan siaran semua stesen radio RTM. (Nota: boleh berbahasa Mandarin).
- PERSONEL MYSTEP GRED 19 (REKA BENTUK)
- Skop kerja tertumpu kepada operasi penyediaan set untuk program terbitan Bahagian Program TV, Bahagian Berita Ehwal Semasa, Bahagian Radio dan siaran luar;
- Pegawai penyelaras pentas berkemahiran perkara berkaitan susun atur props dan berkebolehan memasang set mengikut floorplan/rekaan yang disediakan (set di dalam studio).
- PERSONEL MYSTEP GRED 29 (ICT)
- Membantu melaksanakan aktiviti teknikal dalam memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan penggunaan peralatan, perisian dan sistem aplikasi kerajaan elektronik mengikut garis panduan dan SOP teknikal;
- Membantu dan memastikan urusan perkhidmatan sokongan teknikal, perkhidmatan sidang video terlaksana mengikut keperluan Jabatan dan Standard Operating Procedure (SOP) dipatuhi.
- PERSONEL MYSTEP GRED 29 (GRAFIK)
- Membantu menyediakan rekaan grafik bagi keperluan promosi saluran TV RTM (TV1,TV2,TVOkey, Sukan RTM) iaitu menyedia rekaan bug/snipe promosi program untuk disiarkan di platform saluran TV;
- Menyedia rekaan PSA, Sound Slide, Ucapan AI dan showreel.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal MyFutureJobs. Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh tutup permohonan pada 05 Julai 2024, Jumaat.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Penyiaran Malaysia ialah stesen penyiaran awam milik Kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen memulakan penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia ia ditubuhkan pada 1 April 1946 di mana siaran radio telah diperkenalkan dan manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963, ia adalah penyiar pertama dan tertua di negara ini.
Sejak penubuhannya pada 1946, RTM telah memainkan peranan penting dalam budaya dan kehidupan Malaysia. RTM dan stesen TV dan radio di bawah naungannya ialah ahli Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR), sebuah pertubuhan media penyiaran bukan untung dan bukan kerajaan.
Kini RTM mengorak langkah maju ke hadapan selari dengan perkembangan teknologi semasa dengan menampilkan 6 stesen TV (TV1, TV2, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan TV6) dan 34 stesen Radio yang boleh ditonton dan didengar melalui web dan Aplikasi RTMKLIK.