Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
- Kumpulan : Pelaksana
- Taraf Jawatan : Kontrak (Tabung Aktiviti Penjanaan Fakulti Perubatan)
- Jadual Gaji : RM1,352 – RM4,003
- Elaun : Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Bantuan Sara Hidup
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan - Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian microsof office (word, excel, power point dan sebagainya).
Penerangan Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat dengan mengisi maklumat di pautan yang disediakan di hebahan rasmi.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 07 Jun 2024, Jumaat.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Sejarah penubuhan UKM bermula pada 1968, iaitu apabila cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan.
Perjuangan yang tidak pernah luput itu mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970 yang memulakan operasi pertamanya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang dan dua orang pascasiswazah mula mendaftar di tiga buah fakulti, iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam.
Sejak penubuhannya, UKM telah menghasilkan 204,857 graduan prasiswazah dan siswazah. Ia juga terus berkembang pesat sebagai sebuah universiti awam terkehadapan yang kini mempunyai tiga belas fakulti dan dua belas institut kecemerlangan penyelidikan. UKM juga mempunyai entiti yang beroperasi secara komersial, iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd. sebagai satu pendekatan dalam mengkomersialkan dan memasyarakatkan kepakaran yang dimiliki di samping menjana kewangan Universiti.