Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –
Bantuan ‘duit poket’ RM750
Bagi tahun 2024 ini, pihak Kerajaan Negeri Pahang akan memberikan bantuan ‘duit poket’ sebanyak RM750 seorang kepada para jemaah haji di negeri berkenaan. Seramai 1,588 orang jemaah haji Pahang akan menerima sumbangan itu dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.
Pada asasnya, pemberian bantuan ‘duit poket’ itu adalah untuk tahun kali kedua yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Haji Negeri Pahang. Pada tahun ini, bantuan itu dijenamakan semula dan dikenali sebagai Barakah Haji Pahang. Diharapkan, ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam meringankan beban para jemaah yang akan menunaikan Rukun Islam ke-5 itu.
“Bantuan haji seperti ini hanya di Pahang sahaja setakat ini. Pada 2023 setiap jemaah haji negeri ini menerima sumbangan RM500 seorang, tetapi pada tahun ini kerajaan negeri menambah RM250 lagi menjadikannya RM750.
“Insya-Allah, sumbangan ini akan diteruskan untuk tahun akan datang dan sekiranya kedudukan kewangan kerajaan negeri bertambah baik mungkin kita akan kaji semula dan tambah, tetapi bukannya dalam masa terdekat,” kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pek makanan juadah makmur
Dalam masa sama, selain pemberian ‘duit poket’, Kerajaan Negeri Pahang juga akan membekalkan pek makanan juadah makmur iaitu makanan sedia dimakan sebanyak empat pek bagi setiap jemaah dengan peruntukan sebanyak RM112,000.
Berkenaan dengan kuota jemaah haji, Kerajaan Negeri Pahang mengharapkan kuota yang diperuntukkan kepada negeri itu dapat dipertimbangkan untuk ditingkatkan pada masa akan datang sekiranya Malaysia diberi penambahan kuota.
“Kerajaan Persekutuan berusaha setiap tahun untuk meningkatkan kuota ini dan andainya berlaku pertambahan (pada masa akan datang), Pahang mengharapkan kuota yang diberikan untuk negeri ini dapat dipertingkatkan juga.
“Buat masa ini, Tabung Haji meletakkan kuota untuk jemaah haji di negeri ini adalah 2,000 jemaah. Sekiranya ada penambahan, (mungkin boleh dipertimbangkan) 2,500 jemaah tak kiralah apa jumlah sekali pun,” katanya.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Di samping itu, terdapat pelbagai lagi insiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang iaitu seperti nsentif Khas Pasangan Pengantin atau IKPP. Ia pada asasnya merupakan insentif Kerajaan Negeri Pahang kepada pasangan pengantin baru yang menepati syarat-syarat kelayakan sebanyak RM250 secara sekaligus (‘one-off’).
Syarat-syarat kelayakan IKPP adalah seperti berikut:
- Terbuka hanya kepada anak-anak Negeri Pahang sahaja;
- Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
- Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah; - Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (di mana tempat permohonan);
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
Permohonan insentif ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan IKPP secara lengkap dan dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.
Maklumat lebih lengkap dan borang permohonan bantuan ini boleh didapati di Portal e-Munakahat Pahang – DI SINI.