Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai jenis bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat. Salah satunya adalah apabila Kerajaan setuju untuk meneruskan pemberian bantuan tunai BAP pada kadar RM150.
Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –
Bantuan Tunai RM150 “one-off”
Bantuan tunai yang dimasudkan adalah Bantuan Awal Persekolahan atau BAP. Ini kerana, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan ini bagi tahun 2024. Kadar BAP yang ditetapkan adalah sebanyak RM150 dan diberikan secara “one-off”.
Bantuan ini diperkenalkan bagi meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. Ia akan diberikan kepada semua murid dari Darjah 1 hingga Tingakatan 5, tanpa mengira had pendapatan ibu bapa atau penjaga.
Makanya, jika sebuah keluarga itu memiliki 4 orang anak yang bersekolah, jumlah keseluruhan yang diterima adalah sebanyak RM600. Bagi tahun ini, Kerajaan memperuntukkan dana lebih RM788 juta berbanding RM450 juta tahun lalu bagi pelaksanaan bantuan BAP.
Pembayaran Bantuan Tunai
Untuk makluman, pembayaran BAP telah pun mula diagihkan pada bulan Januari 2024. Bagi pelajar baru Darjah 1 pula, ia mula diagihkan pada 10 Mac 2024 lalu. Pembayaran itu dibuat melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau dikreditkan terus ke akaun murid.
“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” kata kementerian.
Antara sekolah yang terlibat untuk penerimaan BAP ini adalah:
- Sekolah Kerajaan (SK);
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
- Sekolah Agama Rakyat/Negeri;
- Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kerajaan (kecuali sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat);
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
- Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti;
- Maktab Rendah Sains MARA;
- Maktab Tentera Diraja.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan BAP, sila lihat di Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.
Selain itu, pelbagai lagi usaha Kerajaan untuk pendidikan telah diumumkan di bawah Belanjawan 2024. Antaranya dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.9 bilion bagi menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara. Ia merangkumi RM930 juta bagi kerja-kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.
Sebanyak RM1 bilion pula adalah untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah tamil dan cina termasuk sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar autisme.
Mulai tahun 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum ini. Peluasan syarat ini
akan memberi peluang kepada tambahan 35 ribu lagi anak bangsa daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat BKP.
Kerajaan turut bersetuju memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga Tingkatan 3 berbanding sehingga Tingkatan 1 sebelum ini. Keseluruhannya, 1 juta murid akan menerima manfaat dengan peruntukan RM150 juta.
“Bagi memperkasa aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), sebuah Jawatankuasa Khas STEM rentas kementerian akan ditubuhkan antaranya untuk menetapkan sasaran serta langkah bagi meningkatkan penyertaan bidang STEM dalam kalangan pelajar sekolah menengah,” petikan dari ucapan Belanjawan 2024.