Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah Belanjawan 2023 kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-
Bantuan RM800 BMT
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah sumbangan kewangan di bawah RISDA. Jumlahnya di bawah Belanjawan 2023 telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelumnya.
Ia pada asasnya diberikan kepada para pekebun kecil/penoreh getah sebagai usaha mengurangkan beban mereka ketika tibanya musim tengkujuh.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
Pembayaran BMT
Untuk makluman, pembayaran BMT dibuat sebanyak empat fasa iaitu bermula pada November 2023 hingga Februari 2024. Pembayaran pula adalah sebanyak RM200 bagi setiap fasa (RM800 keseluruhan empat fasa).
Kaedah pembayaran pula adalah secara terus ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan bantuan ini boleh dibuat di Sistem BMT RISDA – DI SINI.