Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM200. Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-
Bantuan Kewangan RM200
Bantuan yang dimaksudkan adalah Bantuan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.
Ia juga berobjektif untuk mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi dan mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM200 yang akan dikreditkan ke akaun Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN) anak berumur 13 tahun dan ke bawah.
Syarat-syarat Kelayakan
- Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.
- Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak; atau
- Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau
- Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak tetapi TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
- Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).
- Pendapatan (isirumah) di bawah RM 7,500 sebulan (mulai 1 Januari 2023).
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan secara lengkap.
Ia kemudiannya hendaklah dilampirkan bersama salinan sijil serta dokumen-dokumen yang diperlukan. Sila sertakan bersama borang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi.
Ia kemudiannya perlu dihantar ke:
YAYASAN PERAK
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No 111, Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh Perak
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi Yayasan Perak – DI SINI.