Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong MBSA
- ARKITEK LANDSKAP GRED J41
- JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
- JURUUKUR BAHAN GRED J41
- PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41
- PEGAWAI TADBIR GRED N41
- PEMBANTU AWAM GRED H11
- PEMBANTU JURUAUDIT GRED W19
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N19
- PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29
- PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
- PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29
- PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
- PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29
- PEREKA GRED B29
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan kekosongan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal iKerjaya MBSA.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 28 FEBRUARI 2024.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.