Pada tahun 2024 ini, pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Antaranya adalah dengan meneruskan Skim Perlindungan mySalam (mySalam). Berikut adalah maklumat lanjut berkenan skim bantuan ini:
Bantuan RM700 mySalam
MySalam pada asasnya merupakan sebuah skim perlindungan takaful percuma yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di negara ini.
Salah satu manfaat utama skim ini adalah Manfaat Hospitalisasi. Dengan manfaat ini, sekiranya ahli mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital tentera, mereka layak untuk menuntut pendapatan gantian yang bernilai RM50, terhad kepada kuota 14 hari setahun, iaitu bersamaan RM700 setahun.
Syarat-syarat Kelayakan
Untuk makluman, penerima mySalam adalah mereka yang menerima bantuan program khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Kriteria umur adalah seperti kategori berikut:
- Kategori Berkahwin – suami dan isteri yang berumur 18 hingga 65 tahun;
- Kategori Bujang – individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun;
- Kategori OKU – individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Cara Membuat Tuntutan
Untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan mahu membuat tuntutan Hospitalisasi mySalam, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:
- Langkah 1: Layari portal rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
- Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
BANYAK LAGI MAKLUMAT TERKINI DI TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lengkap dan membuat semakan kelayakan mySalam, ia boleh dibuat dilihat di Portal Rasmi mySalam – DI SINI.