Bagi membantu mereka yang memerlukan dalam keadaab kos sara hidup yang semakin meningkat, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan.
Bantuan-bantuan itu diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah melalui bantuan e-Tunai yang dikenali sebagai BINGKAS. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan e-Tunai tersebut: –
Bantuan e-Tunai RM300
Bantuan yang diperkatakan ini adalah BINGKAS iaitu sebuah inisiatif berupa e-Tunai di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Kadar BINGKAS yang ditetapkan adalah sebanyak RM300 setiap bulan.
Objektif utama inisiatif ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup mereka dapat terus makmur.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
Cara Memohon
Permohonan inisiatif e-Tunai ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.
Tatacara permohonan adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
- Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
- Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
- Klik ‘Hantar’
- Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.
Kepada yang layak dan diluluskan permohonan mereka, e-Tunai berkenaan boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan harian seperti beras, roti, tepung, minyak masak, sayur-sayuran, ubat-ubatan, produk tenusu, barangan persekolahan dan banyak lagi.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.