Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.
Belanjawan 2024 ini melibatkan pelbagai jenis bantuan dan insentif kewangan kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Antaranya adalah dengan memperkenalkan…
Bantuan RM2,000 dan RM1,000
Untuk tahun 2024 ini, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan yang dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM2,000 dan RM1,000 kepada para penerima berikut:
- RM2,000: Kepada para penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
- RM1,000: Kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Dalam masa sama, bayaran RM1,000 juga akan disalurkan kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
Insentif ini diperkenalkan bersempena dengan usaha Kerajaan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Apa yang pasti, bantuan ini akan disalurkan secara automatik dan tidak melibatkan sebarang permohonan.
Tarikh pembayaran pula adalah pada 23 Februari 2024 dan akan dikreditkan secara ‘one-off’. Tujuan utama tarikh itu dipilih adalah bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi maklumat lengkap tentang bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.