Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) Cawangan Pahang kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong UiTM
- PROFESOR VK7
- Jadual Gaji: RM7,676 – RM20,592
- PROFESOR MADYA DM53
- Jadual Gaji: RM6,162 – RM13,235
- PENSYARAH KANAN DM51
- Jadual Gaji: RM5,855 – RM12,445
- PENSYARAH DM45
- Jadual Gaji: RM3,070 – RM11,095
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.
Ia kemudiannya perlu dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan di hebahan rasmi dan dihantar ke alamat:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN
PAHANG, KAMPUS JENGKA
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 19 FEBRUARI 2024.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan borang permohonan boleh didapati – DI SINI.