Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada tahun lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Pada tahun 2024 ini, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dan M40 berdasarkan tangga pendapatan dan bilangan tanggungan.
Selain isi rumah, bantuan ini turut diberikan kepada kategori bujang dan warga emas berkelayakan.
Dalam masa sama, para penerima STR yang menepati syarat-syarat tertentu juga layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pecahan berikut:
- RM1,200 (RM100 setiap bulan): Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM
- RM300: Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM
- RM150: Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM
Bagi yang layak menerima bantuan SARA sebanyak RM1,200, bantuan itu akan dibuat secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan (setahun) secara automatik melalui MyKad masing-masing.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran SARA 2024 akan mula dilaksanakan pada bulan Januari 2024 dan ia boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan harian.
Penerima yang layak akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.