Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di Kementerian Kerja Raya.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya
PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (MEKANIKAL)
- Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
- Jadual Gaji: RM1,549 – RM5,701
- Kekosongan: 11
- Simpanan: 45
- Taraf Pelantikan:
- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan
- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02S
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek.
Turut menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 04 September 2024 (Rabu) jam 11.59 malam.
Maklumat rasmi kekosongan boleh dilihat DI SINI, manakala permohonan secara dalam talian boleh dirujuk DI SINI.
Info Tambahan
Kementerian Kerja Raya Malaysia ialah kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Kementerian ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Pada tahun 1975, kementerian telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan.
Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara pada tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan kementerian bertambah. Sesuai dengan perkembangan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi fungsi dan nama kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam.
Selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an, kerajaan telah mengambil keputusan menamakan kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya dan nama itu kekal sehingga sekarang.
Fungsi-fungsi utama kementerian ini adalah:
- Mengkaji, merancang, menilai dan menggubal dasar–dasar baharu untuk industri pembinaan (infrastruktur dan bangunan) selaras dengan pembangunan negara.
- Menyelaras, mengurus serta meningkatkan kompetensi sumber manusia dan kewangan.
- Merancang dan melaksanakan projek infrastruktur negara khususnya jalan raya, lebuh raya dan Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP).
- Memastikan semua projek pembangunan di bawah kawalan Kementerian Kerja Raya dilaksanakan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.
- Mengawal selia dan memantau kontrak penyenggaraan jalan raya, cerun di Jalan Persekutuan serta Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) di bawah kawalan KKR.
- Menerajui pelaksanaan Intelligent Transportation System (ITS) negara bagi meningkatkan keberkesanan rangkaian jalan raya, keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.