Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia (UPM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM)
- PEGAWAI VETERINAR / GV41
- Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji : RM2,697 – RM9,551
- Taraf Jawatan : Tetap
- PEMBANTU BELIA DAN SUKAN / S19
- Kumpulan : Pelaksana
- Jadual Gaji : RM1,352 – RM4,003
- Taraf Jawatan : Tetap
- PENOLONG JURUTERA / JA29
- Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji : RM1,549 – RM5,701
- Taraf Jawatan : Tetap
Syarat-Syarat Kelayakan Jawatan Kosong
- PEGAWAI VETERINAR / GV41
- Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau ijazah dalam ilmu perubatan veterinar atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Bahagian 1 Jadual Kedua. (Gaji permulaan: RM2,697.00)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PEMBANTU BELIA DAN SUKAN / S19
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan : RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM1,408.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM1,464.80)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PENOLONG JURUTERA / JA29
- Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,549.00); atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,935.02)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
- PEGAWAI VETERINAR / GV41
- Bertanggungjawab melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelali dan menjalankan pembedahan haiwan;
- Membantu dalam rawatan epidemiologi, radiologi dan pengawasan lain berkaitan kesihatan haiwan, menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian dan mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya;
- Memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan penambahbaikan mutu haiwan ternakan dan memberi nasihat berkaitan kebersihan, makanan, pembiakan dan penjagaan haiwan kepada pemilik haiwan peliharaan di Hospital Veterinar Universiti.
- PEMBANTU BELIA DAN SUKAN / S19
- Bertanggungjawab melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di UPM.
- PENOLONG JURUTERA / JA29
- Bertanggungjawab menjalankan aktiviti kejuruteraan elektrik, penyenggaraan mesin, proses perolehan, kerja baikpulih, menyelenggara dan mengurus rekod berkaitan yang diarahkan bagi keperluan jabatan.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem e-Jobs UPM. Semua pemohon perlu membuat pembelian nombor pin bagi setiap permohonan baru dan no pin berkenaan akan dijana dan dihantar ke email yang didaftarkan oleh pemohon dalam tempoh 24 jam.
Pemohon boleh memohon untuk tiga jawatan yang diiklankan dengan menggunakan satu nombor pin sahaja.
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangg benar serta tepat. Hanya calon yang melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Permohonan dibuka sehingga 02 September 2024 (Isnin).
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.