Pada tahun ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing. Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR.
STR ini merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan STR 2024: –
Sumbangan Tunai Rahnah
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Ia adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan dan mendapani kenaikan kos sara hidup.
Bagi tahun 2024 ini, STR layak bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
STR Fasa 3
STR dibayar secara empat fasa, dengan Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari serta April lalu. Bagi pembayaran STR Fasa 3 pula, ia akan dibayar secara berperingkat mulai 29 Ogos 2024 (Khamis).
Cara pembayaran pula secara kredit terus ke akaun bank penerima (seperti maklumat di sistem STR), atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun tidak aktif.
Bagi semakan status kelulusan STR, ia boleh dibuat dengan cara berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Rayuan STR 2024
Dalam keadaan tertentu, permohonan STR juga boleh ditutup atas faktor-faktor tertentu seperti:
- Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan;
- Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan;
- Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan;
- Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi;
- Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan;
- Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang;
- Semakan agensi mendapati anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa;
- Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000;
- Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewa.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Akan tetapi, permohonan rayuan STR boleh dikemukakan bagi mereka yang tidak diluluskan melalui Portal Rasmi STR dengan memua naik dokumen-dokumen yang diperlukan. Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada Alasan Tidak Lulus STR 2024.
Dimaklumkan bahawa kemas kini Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat selagi permohonan rayuan masih belum diproses oleh pegawai HASiL. Jika Permohonan Rayuan STR telah diproses oleh pegawai HASiL, kemas kini Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara manual di kaunter Pejabat HASiL.
Maklumat lebih teliti berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.