Pada tahun 2024 ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing. Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR.
STR ini merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan STR 2024: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Bagi meringankan beban rakyat negara dalam mendapani kenaikan kos sara hidup, STR telah diperkenalkan dengan kadar tertentu berdasarkan jumlah pendapatan dan tanggungan setiap penerima. Kadarnya juga telah ditambah baik, hikmah daripada penyasaran semula subsidi kepada mereka yang benar-benar layak.
Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan bagi STR tahun 2024:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Dimaklumkan bahawa individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
STR Fasa 3
Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Januari dan April lalu. Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 3 pula, ia akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 29 Ogos 2024 (Khamis) ini.
Pembayaran STR Fasa 3 ini akan melibatkan lebih 8 juta penerima sedia ada, manakala bagi penerima baharu dan rayuan pula akan menerima bayaran mulai 18 September 2024 (Rabu).
Pembayaran STR Fasa 3 akan melalui dua kaedah iaitu secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima atau pengambilan tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) – bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank. Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut:
Semakan kelulusan STR boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:
- Klik log masuk MySTR;
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Pagi tahun 2024, peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion atau 25% daripada RM8 bilion pada tahun 2023 kepada RM10 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi hampir 60% penduduk dewasa Malaysia.
Mulai tahun 2024, Kerajaan juga telah mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan.
Oleh itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini. Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.