Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
PERSONEL MYSTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Tawaran Gaji: RM1,700/sebulan
- Manfaat: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
- Kekosongan: 19
Syarat-Syarat Kelayakan
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ini dikeluarkan;
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris;
- Mempunyai pengalaman bekerja dan kemahiran dalam perkhidmatan pelanggan, petugas barisan hadapan, operator telefon, pemfailan dan dokumentasi;
- Mahir dengan suntingan multimedia untuk hebahan media massa: dan Bebas daripada rekod jenayah atau tindakan undang-undang.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan yang disediakan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat. Hanya calon yangmelepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Permohonan dibuka sehingga 01 September 2024 (Ahad).
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Sumber
Manusia yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640) yang mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2006.
Dasar dan hala tuju PTPK ditentukan oleh Lembaga Pengarah PTPK yang diterajui oleh mereka yang berpengalaman dan mahir dalam pelbagai latar belakang sama ada dari sektor kerajaan, sektor swasta mahupun wakil Penyedia Latihan Kemahiran.
Fungsi utamanya adalah mengenal pasti dan meluluskan program latihan kemahiran yang layak bagi pinjaman latihan kemahiran; mengadakan dan memberikan pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan selain pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih, dan memberikan perkhidmatan dalam mentadbir, mengawas dan memungut pembayaran balik pinjaman; serta melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Perbadanan atau oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.
Piagam pelanggan PTPK pula adalah seperti senarai berikut:
- Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Perbadanan atau oleh mana-mana undang-undang bertulis lain;
- Semakan permohonan dan penyediaan arahan bayaran dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh terima dokumen sokongan lengkap;
- Bayaran pinjaman Latihan Kemahiran dalam tempoh 4 hari bekerja dari tarikh terima arahan bayaran;
- Mengeluarkan Notis Peringatan Bayaran Balik 3 bulan sebelum peminjam patut memulakan bayaran balik pinjaman;
- Menghantar kad akuan penerimaan aduan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaannya dan mengambil tindakan penyelesaian dalam tempoh 7 hari bekerja.
Sepanjang tahun 2022, PTPK telah menerima permohonan di bawah Skim Latihan TVET sebanyak RM357.5 juta yang melibatkan seramai 18,261 pelatih. Daripada jumlah itu, PTPK telah meluluskan Skim Latihan TVET sebanyak RM342.2 juta yang memberi manfaat kepada 17,462 orang pelatih dan telah melepasi sasaran tahunan yang ditetapkan.