Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNHEP) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNHEP)
- PERSONEL MYSTEP (IJAZAH) – BSB, KPDN PUTRAJAYA
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman PEREKSO dan Caruman KWSP.
-
PERSONEL MYSTEP (DIPLOMA) – PSM, KPDN
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman PEREKSO dan Caruman KWSP.
Syarat-Syarat Kelayakan
- PERSONEL MYSTEP (IJAZAH) – BSB, KPDN PUTRAJAYA
- Pemohon hendaklah merupakan Warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.
- Mempunyai kemahiran dalam penggunaan Microsoft Excel;
- Mempunyai kemahiran dalam penyediaan slides menggunakan Microsoft Powerpoint;
- Mengenalpasti dan menganalisis data-data yang diberikan;
- Mempunyai kebolehan mengelola dan menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan cekap dengan penyeliaan yang minima;
- Mempunyai keupayaan dalam menyelia kumpulan kecil dalam sesuatu tugasan;
- Membantu dalam penyelarasan bengkel/mesyuarat/ sesi libat urus;
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
-
PERSONEL MYSTEP (DIPLOMA) – PSM, KPDN
- Pemohon hendaklah merupakan Warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan akademik di peringkat Diploma atau setaraf.
Deskripsi Tugas
PERSONEL MYSTEP (DIPLOMA) – PSM, KPDN
- Membantu menyelaras dan melaksana urusan maklumat perjawatan di KPDN supaya pengurusan organisasi berjalan dengan lancar dan mencapai hala tuju organisasi;
- Mengemaskini data perjawatan dan laporan perjawatan bulanan supaya sentiasa dikemaskini dan selaras dengan waran perjawatan terkini;
- Memastikan penerbitan buku laporan perjawatan bulanan KPDN.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan mendaftar dan membuat permohonan jawatan sesuai dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat. Hanya calon yangmelepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Permohonan dibuka sehingga 23 Ogos 2024 dan 31 Ogos 2024 (mengikut jawatan).
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian ino adalah bagi menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.
Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, KPDNHEP juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju.
Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial. Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais.