Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Aset Keretapi (RAC) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC)
- JURUTERA GRED J41
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Professional
- Jadual Gaji : RM2,529 – RM9,643
- PEGAWAI TADBIR GRED N41
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Professional
- Jadual Gaji : RM2,080 – RM9,546
- PENOLONG JURUTERA GRED JA29
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Jadual Gaji : RM1,549 – RM5,701
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Jadual Gaji : RM1,493 – RM5,672
Syarat-syarat Kelayakan
- JURUTERA GRED J41
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Kelayakan Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM (Sekurang-kurangnya Gred C)
- Kemahiran : Microsoft Words, Power Point, Excel
- Kelayakan Khusus : Kejuruteraan Awam
- Mempunyai pengalaman kerja 2 tahun dalam bidang perkeretapian
- PEGAWAI TADBIR GRED N41
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
- Tahap Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Kepujian
- Bidang/ Kelayakan Khusus : Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
- Kelayakan Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM (Sekurang-kurangnya Gred C)
- Kemahiran : Microsoft Words, Power Point, Excel
- Kelayakan Khusus : Pengurusan Strategik
- PENOLONG JURUTERA GRED JA29
- Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
- Tahap Pendidikan : Diploma
- Bidang/ Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
- Kelayakan Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM (Sekurang-kurangnya Gred C)
- Kemahiran : Microsoft Words, Power Point, Excel
- Kelayakan Khusus : Kejuruteraan (Awam)
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
- Bidang/ Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ATAU - Tahap Pendidikan : Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Bidang/ Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. ATAU
- Tahap Pendidikan : Sijil Matrikulasi KPM
- Bidang/ Kelayakan Khusus : Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. ATAU - Tahap Pendidikan : Diploma
- Bidang/ Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. DAN
- Kelayakan Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM (Sekurang-kurangnya Gred C)
- Kemahiran : Microsoft Words, Power Point, Excel
- Kelayakan Khusus : Kejuruteraan (Awam)
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal ejawatan RAC. Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 26 Ogos 2024 pukul 12.00 tengah hari. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Hanya calon-calon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil ke peringkat yang seterusnya. Maklumat lebih terperinci (rasmi) boleh dilihat – DI SINI.