Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah melalui bantuan berbentuk e-Wallet yang dikredutkan setiap bulan. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan e-Wallet berkenaan: –
Bantuan e-Wallet RM300
Bantuan e-Wallet yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik, bagi membeli keperluan asas dan alat pendidikan.
Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.
Syarat-syarat Kelayakan e-Wallet RM300
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua orang berusia 18 tahun ke bawah;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
Manfaat-manfaat Utama BINGKAS
Manfaat utama BINGKAS adalah bantuan berbentuk e-Wallet dengan kadar RM300 yang dikreditkan setiap bulan. Selain itu, BINGKAS juga mempunyai manfaat-manfaat lain seperti:
- E-Dompet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar;
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet);
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300;
- Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan;
- E-Dompet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi mereka yang layak, permohonan BINGKAS boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau aplikasi SELANGKAH. Cara memohonnya adalah seperti di berikut:
- Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
- Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
- Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
- Klik ‘Hantar’
- Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.
Bagi setiap permohonan, pemohon turut perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti di bawah:
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan);
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan);
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Setiap permohonan yang telah diluluskan adalah layak utuk menerima manfaat BINGKAS selama 2 tahun. Kemaskini akaun perlu dibuat pada tahun berikutnya.
Akan tetapi, penerima sedia ada yang hampir mencapai tempoh matang 2 tahun sejak manfaat diterima akan mendapat notifikasi pada bulan ke-22. Penerima diberi tempoh 2 bulan untuk membuat kemaskini maklumat. Semakan kelayakan tertakluk pada syarat baru yang ditetapkan.
Cara Menggunakan e-Wallet BINGKAS
E-Wallet BINGKAS boleh digunakan untuk membeli barangan asas dan keperluan pendidikan seperti beras, tepung, gula, sayur-syuran, buah-buahan, daging, ayam, telur, ikan, produk tenusu, lampin pakai buang, produk mandian, ubat-ubatan, barangan persekolahan dan pelbagai lagi.
Cara menggunakan BINGKAS pula adalah seperti tatacara berikut:
- Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
- Pilih barangan yang ingin dibeli;
- Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
- Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
- Penerima klik pada Kad BINGKAS di aplikasi;
- Penerima klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS;
- Penerima masukkan pin 6 digit bagi pengesahan pengaktifan Kod QR;
- Juruwang imbas Kod QR bagi pembayaran.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini dan permohonannya boleh dilihat di Portal Rasmi BINGKAS – DI SINI.