Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
PEMBANTU PERTAHANAN AWAM KP19
- Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kekosongan: 132
- Gaji: RM1,360
- Elaun:
- ITKA: RM115
- ITP: RM300
- BSH: RM200 – RM350
Syarat-syarat Kelayakan
- Terbuka kepada Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) Sahaja;
- Berumur 24 sehingga 45 tahun;
- Kelayakan Akademik: SPM dan ke atas;
- Terbuka kepada lelaki dan wanita;
- Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal. • Boleh bekerja di luar kawasan;
- Boleh bekerja lebih masa;
- Tiada rekod atau pernah disabitkan apa-apa kes jenayah atau tindakan tatatertib pasukan;
- Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): 2 subjek kredit (Termasuk Bahasa Melayu) dan 4 subjek lulus;
- Mempunyai BMI antara 19 ke 26;
- Berkemahiran dalam mengendalikan Microsoft Offiice. Mahir mengendali tugasan pejabat;
- Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata (e) Pengecaman warna dan pendengaran tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Bidang Tugas
Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran/kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan yang disediakan di hebahan rasmi. Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Calon hendaklah memuat naik salinan kad anggota dan salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pautan yang disediakan. Hanya calon-calon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil ke peringkat yang seterusnya. Calon yang tidak mendapat sebarang panggilan selepas 2 bulan dikira tidak melepasi syarat yang ditetapkan.
Permohonan dibuka sehingga 15 OGOS 2024, KHAMIS.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Fungsi-fungsi Angkatan Pertahahan Awam pula adalah Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana; Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
Ia juga berfungsi untuk: Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam; Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini; Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara dan Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
Objektif APM terbahagi kepada tiga iaitu:
- Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
- Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam;
- Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana;
- Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.
- Memberi respond kepada bencana dengan cara:
- Menubuhkan pasukan (First Responder);
- Menyediakan perkhidmatan kecemasan.
- Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:
- Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana;
- Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana;
- Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.