Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Institut Integriti Malaysia (IIM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Institut Integriti Malaysia (IIM)
PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK KANAN
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM4,500 – RM9,000 (tidak termasuk elaun/imbuhan)
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Perhubungan Awam, Komunikasi, Pemasaran Digital atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Kemahiran-kemahiran yang diperlukan:
- Perhubungan media dan pengurusan jenama
- Kreatif dalam penulisan dan visual
- Pengetahuan dalam pemasaran digital
- Pengalaman kerja yang diperlukan:
- Mempunyai pengalaman minimum 5 tahun – 10 tahun dalam bidang berkaitan
- Berpengalaman dalam pengurusan perhubungan media dan pengurusan jenama
- Kreatif dalam penulisan dan visual
- Pengetahuan dalam pemasaran digital
Deskripsi Tugas
- Menyedia dan melaksanakan kempen promosi (termasuk kerjasama dan pengiklanan) dan strategi perhubungan media;
- Pengurusan jenama dan reputasi organisasi;
- Menyedia dan mengemaskini bahan promosi (brosur, video dan lain – lain bahan);
- Melaksanakan acara – acara melibatkan perhubungan media;
- Pengurusan pelanggan/tetamu.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan di hebahan rasmi. Pemohon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan.
Hanya calon yang melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Permohonan dibuka sehingga 12 Ogos 2024 (Isnin).
Maklumat lebih terperinci (rasmi) boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Institut Integriti Malaysia (IIM) telahditubuhkan pada April 2004 dan kini ia berperanan melalui tiga fungsi teras utama merangkumi aspek Pendidikan, Advokasi dan Latihan; Penyelidikan dan Penerbitan; serta Kerjasama Strategik dengan pemegang taruh dari pelbagai bidang.
Institut ini juga diberikan peranan untuk membantu mengukuhkan kapasiti dan kompetensi integriti dan tata kelola sektor awam dan swasta bagi membantu negara dalam merealisasikan objektif untuk menjadi sebuah negara yang dikenali kerana integriti, dan bukannya rasuah.
IIM turut menyediakan khidmat perunding, instrumen penilaian dan khidmat latihan kepada agensi-agensi kerajaan, organisasi swasta termasuk pengusaha kecil dan sederhana melalui Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS), Pelan Pembangunan Anti-Rasuah (OACP), Penilaian Profil Individu (IIP), Instrumen Penilaian Integriti (IAT), Pembangunan Integriti Komuniti (CIB) dan Program Latihan Etika dan Integriti.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Misi-misi IIM pula adalah seperti berikut:
- Untuk menjadi Badan Pemikir Perdana (Premier Think-Tank) integriti di peringkat nasional dan antarabangsa.
- Untuk menjadi Badan Penasihat berkenaan dasar, penyelidikan dan penilaian berkaitan pengukuhan integriti serta tata kelola yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.
- Untuk menjadi Badan Strategik integriti utama negara dan di peringkat antarabangsa.
- Untuk menjadi Organisasi yang mengungguli Pendidikan Konsultasi, Advokasi dan Latihan integriti negara yang premier.
- Sebagai Perantara (mediator) bagi menyebarluaskan mesej integriti dan tata kelola kepada masyarakat Malaysia.
Visinya institut ini bagi menjadikan Malaysia ke arah negara berintegriti tinggi dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Institut Integriti Malaysia berada di alamat berikut:
Menara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur.