Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun 2024 ini bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan berkenaan diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Ia termasuklah bantuan yang diperkenalkan bersempena dengan musim tertentu. Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tunai yang telah diperkenalkan: –
Bantuan RM800 di bawah Program BMT
Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT. Bantuan tunai ini pada asasnya diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Ia melibatkan kadar sumbangan sebanyak RM800 yang dibayar secara berperingkat.
Objektif utama BMT ini adalah untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah ketika musim tengkujuh yang melanda negara setiap tahun.
Syarat-syarat Kelayakan BMT
Pekebun Kecil Getah
- Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah:
- Warganegara Malaysia ;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar;
- Pemilik tanah yang sah;
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)
Penoreh Getah
- Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah
- Warganegara Malaysia
- Penoreh berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
- Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh)
Cara Memohon Bantuan RM800 BMT
Untuk makluman, permohonan BMT tahun ini telah pun dibuka mulai 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024. Permohonannya boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA atau secara manual dengan mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat RISDA terdekat.
Kaedah 1: Portal Pekebun Kecil RISDA – Secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA (Permohonan Baru/Hantar/Kemaskini Permohonan):
- Pekebun Kecil : Pemohon baru atau Penerima BMT tahun sebelumnya.
- Penoreh : Wajib membuat permohonan baru walaupun pernah menerima BMT tahun sebelumnya.
Kaedah 2: Hadir ke Pejabat RISDA – Pemohon hadir ke Pejabat RISDA dan permohonan diterima melalui Sistem e-BMT:
- Pekebun Kecil : Penerima BMT tahun sebelumnya berstatus berjaya bayar dan dokumen lengkap.
- Penoreh : Perlu menghantar permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA.
Dokumen-dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Pekebun Kecil RISDA & Individu
- Kad pengenalan pemohonan dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada)
- Penoreh Bukan Pemilik
- Kad pengenalan pemohonan dan salinan
- Salinan kad pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer)
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/ wakil yang sah
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)
- Pekebun Kecil Agensi
- Kad pengenalan pemohonan dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan (jika memilik tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah)
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Surat pengesahan daripada agensi
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi JPS dan JAKOA)
Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon yang berjaya akan menerima RM800 yang akan dibayar secara berfasa (sebanyak RM200 setiap bulan) dari November 2024 sehingga Februari 2025.
Maklumat lebih teliti berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dilihat di Portal Suara RISDA (DI SINI) dan permohonannya boleh dibuat – DI SINI.