Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)
PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA
- Penempatan: UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah/ Kampus Seremban/ Kampus Rembau;
- Gaji: RM2,300 (Serjana Muda) dan RM2,800 (Sarjana/Doktor Falsafah);
- Taraf Jawatan: Kontrak (Sambilan)
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (jawatan akademik);
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan (Jawatan Akademik);
- Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti dan
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf;
- Mendapat PGNK 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi untuk tahap kelayakan (Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana) yang diperlulkan untuk peringkat pengajaran (Diploma/ Ijazah Sarjana Muda); dan
- Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik;
- Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana);
- Mempunyai pengalaman mengajar dan kemahiran menggunakan teknologi bagi tujuan pengajaran merupakan satu kelebihan;
- Mempunyai rekod peribadi yang baik (Contoh: Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan).
Cara Memohon Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Sistem ePengambilan staf – ePCNS. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di dalam sistem Pengambilan UiTMCNS dengan bayaran RM10 bagi setiap nombor pin untuk setiap satu jawatan yang dimohon.
Jika pemohon terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga adalah terbatal. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:
- Borang Permohonan;
- Kad Pengenalan;
- Sijil Kelahiran;
- Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf;
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci);
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji;
- Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat);
- Dokumen berkaitan yang dipohon.
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat. Hanya calon yangmelepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah tidak berjaya.
Permohonan dibuka sehingga 15 Ogos 2024
Maklumat lebih terperinci (rasmi) boleh dilihat di Sistem ePengambilan staf – ePCNS – DI SINI.
Info Tambahan
UiTM Cawangan Negeri Sembilan ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di negeri berkenaan. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas tiga kampus UiTM di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Seremban 3 dan Rembau.
Untuk makluman, Kampus Kuala Pilah ialah kampus UiTM pertama di Negeri Sembilan dan ditubuhkan pada Jun 1999. Kampus Seremban 3 dirasmikan pada Januari 2014, manakala Kampus Rembau pula dibuka pada 2017.