Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Utara Malaysia (UUM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia (UUM)
- PEREKA GRED B41
- Badan Berkanun : Universiti Utara Malaysia
- Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
- Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat & Seni (B)
- Jadual Gaji: RM2,095 – RM9,587
- PEREKA GRED B29
- Badan Berkanun : Universiti Utara Malaysia
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan STPM/Diploma
- Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat & Seni (B)
- Jadual Gaji: RM1,499 – RM5,679
- PENERBIT RANCANGAN GRED B19
- Badan Berkanun : Universiti Utara Malaysia
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan SPM
- Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran (H)
- Jadual Gaji: RM1,360 – RM4,032
- PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (UUM KAMPUS KUALA LUMPUR)
- Badan Berkanun : Universiti Utara Malaysia
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan PMR/SRP
- Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran (H)
- Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
Syarat-syarat Kelayakan
- PEREKA GRED B41
- Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis. (Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00); atau
- Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30); dan
- Calon yang memiliki kelayakan di perenggan ii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan:
- Calon yang mempunyai ijazah dalam bidang reka bentuk pengajaran/teknologi pendidikan adalah satu kelebihan.
- Kemahiran dalam mereka bentuk dan membangunkan kurikulum dan bahan pembelajaran ODL.
- Kemahiran komunikasi yang berkesan.
- Kemahiran dalam Reka Bentuk Grafik dan Multimedia dan kemahiran dalam operasi LMS (Moodle) kelebihan tambahan.
- PEREKA GRED B29
- Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM2,302.30); atau
- Diploma dalam bidang seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78); dan
- Calon yang memiliki kelayakan di perenggan ii), iii) dan iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan:
- Calon yang mempunyai diploma dalam bidang reka bentuk pengajaran/teknologi pendidikan adalah satu kelebihan.
- Kemahiran dalam mereka bentuk dan membangunkan kurikulum dan bahan pembelajaran ODL. Kemahiran komunikasi yang berkesan.
- Kemahiran dalam Reka Bentuk Grafik dan Multimedia dan kemahiran dalam operasi LMS (Moodle) kelebihan tambahan.
- PENERBIT RANCANGAN GRED B19
- Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta
berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,360.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,360.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,418.12); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,476.24); dan
- Calon yang memiliki kelayakan di perenggan ii), iii) dan iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta
- PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (UUM KAMPUS KUALA LUMPUR)
- Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11 :- Lesen Kelas D : RM1264.15
- Lesen Kelas E/E1/E2 : RM1310.30
- Lesen Kelas F/H : RM1356.45
- Lesen Kelas G/I : RM1402.60); dan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
- Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Portal Perjawatan UUM dengan mendaftar dan membuat permohonan jawatan sesuai dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat. Hanya calon yangmelepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Permohonan dibuka sehingga 10 Ogos 2024
Maklumat lebih terperinci (rasmi) boleh dilihat DI SINI dan permohonan boleh dibuat – DI SINI.