Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC).
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC)
PENOLONG KURATOR GRED S29
- Kumpulan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
- Kekosongan: 9
- Simpanan: 17
- Taraf Pelantikan:
- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
- Diploma dalam bidang seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, sains, permuziuman, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95);
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.
Skop Fungsi dan Bidang Tugas
- Sijil Menguruskan penyediaan pameran tetap/sementara/khas/bergerak.
- Membuat kerja-kerja pengumpulan dan penyelidikan flora dan fauna negara.
- Menguruskan hal-hal berkaitan dengan projek pembangunan Jabatan Muzium Malaysia.
- Menjalankan kerja-kerja pengurusan pentadbiran, personel, dan kewangan Jabatan Muzium Malaysia.
- Menjalankan kerja-kerja penyelidikan arkeologi di lapangan.
- Menjalankan kerja-kerja konservasi artifak makmal.
- Menjalankan kerja-kerja penyelidikan sejarah dan kebudayaan negara.
- Melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran muzium kepada orang awam melalui media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak.
- Menjalankan program ‘outreach’ dan ‘inreach’ secara bersepadu di peringkat jabatan, daerah dan negeri.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 01 OGOS 2024 (KHAMIS) jam 11.59 malam.
Maklumat rasmi kekosongan boleh dilihat DI SINI, manakala permohonan secara dalam talian boleh dirujuk DI SINI.
Info Tambahan MOTAC
Jabatan Pelancongan mula ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Malaysia pada tahun 1959. Penglibatan sektor pelancongan dalam Rancangan Malaysia Ke-2 1971 – 1975 telah menekankan peri pentingnya peranan yang dimainkan industri pelancongan dalam ekonomi Negara.
Pada tahun 1980-an, kerajaan telah menunjukkan sokongan kepada sektor pelancongan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987. Menjelang 20 Mei 1992, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan atau lebih dikenali sebagai MoCAT.
Pada 15 Mei 2013, MoTour telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Ini adalah bagi mengiktiraf peranan serta hubungan rapat sektor pelancongan dan sektor kebudayaan dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan dunia, yang selari dengan slogan “Malaysia, Truly Asia”.
Pada 2 Julai 2018 pula, Kementerian ini telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.