Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
PERSONEL MYSTEP GRED 29
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Penempatan: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
- Kekosongan: 2
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah merupakan Warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan akademik minima Diploma dan setaraf dengannya.
Deskripsi Tugas
- Melaksanakan ceramah di sekolah/ IPTA/ IPTS/ tempat awam/ komuniti;
- Mengadakan program;
- Teen Chat
- Teen Talk
- Membantu penyelaras mengadakan temujanji bagi:
- Sesi Doktor
- Sesi Kaunseling
- Mengadakan promosi KafeTEEN di IPTA/ IPTS/ komuniti/ tempat awam;
- Menyediakan kertas kerja program;
- Mengadakan jaringan kerjasama bersama Jabatan Kerajaan, NGO, Komuniti, Sekolah dan lain-lain;
- Memuat naik gambar/ aktiviti/ poster di media sosial KafeTEEN;
- Menyediakan laporan:
- Laporan bulanan KafeTEEN
- Family Hub, Media Sosial
- Menjalankan program yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan LPPKN;
- Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan mendaftar dan membuat permohonan jawatan sesuai dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat. Hanya calon yangmelepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Permohonan dibuka sehingga 31 Julai 2024
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Pada tahun 1966, Lembaga Perancang Keluarga Negara (LPKN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perancang Keluarga 1966 sebagai sebuah badan berkanun yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, di mana fungsi utama LPKN pada waktu itu adalah untuk melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di Malaysia.
Pada tahun 1984, Akta tersebut dipinda menjadi Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 dan menjadikan nama LPKN diubah kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Dengan pertukaran nama ini, peranan LPPKN turut diperluaskan, daripada penyampaian perkhidmatan perancangan keluarga semata-mata, kepada perspektif penduduk dan pembangunan sosioekonomi yang lebih meluas.
Perluasan fungsi dan peranan LPPKN adalah sejajar dengan Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan (ICPD-PoA) yang diadakan tahun 1994, program LPPKN telah diubahsuai untuk meliputi tiga (3) bidang utama iaitu: Kependudukan; Pembangunan keluarga dan Reproduksi manusia.
Pad masa kini, LPPKN adalah satu-satunya badan berkanun persekutuan yang diletakkan di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak tahun 2001.
Kuasa, Fungsi dan Tanggungjawab LPPKN adalah seperti berikut:
- Menasihati Kerajaan: Mengenai perkara-perkara berkaitan dasar dan program kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia.
- Bertangungjawab Dalam Mengenalpasti: Serta menggalakkan keperluan dan keutamaan penyelidikan, menjalankan penyelidikan serta kajian dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia.
- Merancang, Melaksana dan Menyelaras: Program dan aktiviti kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia.
- Menyebar Pengetahuan: Memberi didikan dan menggalakkan tingkah laku positif dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia.
- Menyediakan latihan: Kepada jurulatih dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga, reproduksi manusia melalui pembangunan kemahiran, pendidikan berterusan, jaringan kerjasama, kerjasama teknikal di antara negara dan perkongsian teknologi informasi dan komunikasi serta sumber teknikal.