Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19
- Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
- Elaun-Elaun:
- Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam RM115
- Imbuhan Tetap Perumahan RM300
- Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) RM350
- Kekosongan: 2 Kekosongan (Segamat & Kota Tinggi)
Syarat-syarat Kelayakan Jawatan JKR
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diikitiraf Setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysaia (SPM) atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gerd N19: RM1,408.40) atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah Gred N19: RM1,464.80) dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat dengen mengisi Borang JKRJ.1/2020 yang boleh didapati di Ibu Pejabat JKR Johor/ JKR Daerah ataupun dimuat turun daripada lama web rasmi Jabatan Kerja Raya Johor.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran passport dan salinan sah dokumen- dokumen berikut:
- Sijil Kelahiran;
- Kad Pengenalan;
- Sijil Berhenti Sekolah;
- Lain- lain sijil / surat akuan berkaitan.
Borang yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dihantar (sila nyatakan jawatan yang dipohon disebelah kiri atas sampul surat) ke alamat berikut:
PENGARAH KERJA RAYA JOHOR
JABATAN KERJA RAYA JOHOR
TINGKAT 4, BANGUNAN DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK
KOTA ISKANDAR
79100 ISKANDAR PUTERI, JOHOR
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat. Hanya calon yangmelepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Berdasarkan sumber-sumber sejarah, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1780 an yang berkemungkinan ada kaitan dengan penubuhan Pulau Pinang pada tahun 1786.
Bagi JKR Johor, pentadbiran Negeri Johor pada awalnya berpusat di Teluk Belanga Singapura dan hanya 3 jabatan sahaja yang menjdi asas kepada pentadbiran negeri pada masa itu. Seterusnya Pentadbiran Negeri Johor telah dipindahkan ke Johor Bharu diantara tahun 1855 hingga 1873.
Jabatan Kerja Raya Johor telah ditubuhkan pada tahun 1873 dan telah dikenali sebagai Jabatan Tanah dan Kerja Raya. Jabatan ini serta jabatan-jabatan lain yang ada pada ketika itu kebanyakan mengambil khidmat pegawai-pegawai berbangsa Eropah secara kontrak. Kesemua Jabatan ini telah diletakkan dibawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.