Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Ia termasuklah bantuan-bantuan bagi tujuan pendidikan sebagai usaha meringkan beban mereka yang memerlukan sama ada dari kalangan berpendapatan rendah dan sederhana. Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan yang telah diperkenalkan: –
Bantuan BAYU RM500
Untuk maklumat, Bantuan Yuran Asas Universiti atau BAYU adalah salah satu Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan yuran asas sebanyak RM500 kepada pelajar yang layak pada setiap semester bagi setiap tahun pengajian.
Bantuan ini diberikan khas kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi milik Kerajaan Negeri Selangor iaitu Universiti Selangor (UNISEL).
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Selangor atau bermastautin lebih enam tahun di Selangor;
- Terbuka kepada semua pelajar Universiti Selangor (UNISEL);
- Terbuka kepada yang mengikuti program Tahun Asas, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Cara Memohon Bantuan BAYU
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BAYU ini boleh dibuat melalui pejabat UNISEL. Hari pendaftaran adalah seperti berikut:
- Tahun Asas: 01 Ogos 2024 (Khamis)
- Diploma/Ijazah Sarjana Muda: 29 Ogos 2024 (Khamis)
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal UNISEL – DI SINI.
Bantuan Lain
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Selangor juga memperkenalkan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) sebanyak RM1,000. Syarat-syarat kelayakan sumbangan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
- Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Pemohon bersekolah di Negeri Selangor selama 11 tahun dan ibu atau bapa telah bermastautin di Selangor selama 11 tahun
- Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran tahap 4 sahaja.
- Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian
- Pemohon adalah pelajar TAHUN PERTAMA sahaja. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.
Bagi tahun 2024, permohonan HPIPT ini dibuka mulai 15 Mac 2024 sehingga 30 April 2024. Cara permohonan pula adalah secara dalam talian (online) di Sistem Pembiayaan Pendidikan Selangor (SPPS).
Bagi tahun 2024, Kerajaan Selangor memperuntukkan RM2.53 bilion dalam Belanjawan 2024 bagi perbelanjaan mengurus dan melaksanakan pembangunan negeri. Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebanyak RM1.33 bilion atau 52.6 peratus diagih untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM1.2 bilion bagi pembangunan.
“Antara penyumbang utama kepada hasil negeri tahun 2024 adalah premium tanah sebanyak RM 890.94 juta bersamaan 40.5 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan. Penyumbang kedua terbesar hasil cukai tanah sebanyak RM622.65 juta (28.3 peratus) dan ketiga pemberian persekutuan berjumlah RM212.96 juta, 9.7 peratus daripada pendapatan 2024,” katanya.
Kerajaan Selangor juga meneruskan Bantuan Baucar Jom Shopping Bersempena Perayaan menerusi Belanjawan 2024, dengan peruntukan sebanyak RM16.48 juta. Program itu dijangka akan memberi manfaat kepada 82,400 orang yang layak.
“Program ini merupakan program bantuan yang dilaksanakan bersempena tiga perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali di mana setiap keluarga yang kurang berkemampuan akan diberikan baucar untuk pembelian barangan keperluan bernilai RM200.