Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Ia termasuklah bantuan-bantuan bagi tujuan pendidikan sebagai usaha meringkan beban mereka yang memerlukan sama ada dari kalangan berpendapatan rendah dan sederhana. Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan yang telah diperkenalkan: –
Bantuan Kewangan Asasi
Bantuan Kewangan Asasi adalah bantuan yang diberikan kepada para pelajar yang melanjutkan pendidikan di peringkat asasi di universiti-universiti awam. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian dengan pecahan berikut:
- Elaun Wang Saku: RM2,500 setahun;
- Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan: RM1,420 setahun;
- Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).
Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Kewangan Asasi
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Kewangan Asasi boleh dibuat melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam (UA) masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM. Pemohon juga hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen-dokumen tawaran berikut:
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
- Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Ia kemudiannya perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dimaklumkan juga bahawa pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM. Sekiranya perkara ini terjadi, pelajar perlu membayar balik kepada KPM sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar ataupun pelajar perlu menolak tajaan/biasiswa lain sekiranya pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.
Jika pelajar gagal menamatkan pengajian dengan jayanya, pelajar perlu membayar balik jumlah perbelanjaan sebenar yang telah ditaja oleh KPM kepada pelajar sekiranya pelajar gagal menamatkan pengajian dengan jayanya.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
ASASI adalah salah satu cabang program pra universiti yang ditawarkan oleh universiti. Ini membawa maksud pelajar tersebut akan mengikuti program ASASI terus daripada universiti tersebut. Program ini menerapkan suasana sebenar kerana lokasi pengajian di dalam kampus universiti dan membuatkan pelajar teruja untuk terus memohon ke ASASI.
Pada masa kini, terdapat 13 buah universiti awam yang menawarkan program pengajian ASASI iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Sabah(UMS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).