Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam
- PERSONEL MYSTEP
- Taraf: Kontrak
- PENOLONG PENGARAH M41
- Taraf: Sementara
- Gaji: RM2,000 – RM2,499
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah merupakan Warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda (mengikut kelayakan setiap jawatan).
Deskripsi Tugas
- PERSONEL MYSTEP
- Merekod keluar masuk surat;
- Deraf surat-surat maklum balas kepada agensi seliaan atau luar;
- Berhubung dengan pihak-pihak yang berkepentingan;
- Mengurusetiakan mesyuarat;
- Merekod dan mengemaskini fail;
- Membuat tempahan makanan, kenderaan, bilik mesyuarat;
- Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- PENOLONG PENGARAH M41
- Semakan dokumen-dokumen perolehan yang dikemukakan oleh Bahagian/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi pemprosesan Sebut Harga atau Tender dengan teliti;
- Mengambil tindakan kuiri dan panggilan susulan dengan segera kepada Bahagian/ PTJ bagi memastikan dokumen perolehan lengkap sepertimana senarai semak supaya Mesyuarat JKSH dapat diadakan tanpa kelewatan;
- Membuat pemantauan dan kawalan terhadap pelaksanaan perolehan di PTJ selaras dengan PPT 2024 serta mencari jalan penyelesaian segera terhadap isu-isu berbangkit bagi mengelakkan teguran audit;
- Membantu dalam menguruskan kerja lapangan seperti mesyuarat dan lawatan tapak/projek bersama agensi lain atau stakeholders;
- Mengemaskini data perolehan (sebutharga/ tender) dan pembangunan (aset tak alih) dari semasa ke semasa bagi tujuan pelaporan dalam mesyuarat-mesyuarat utama.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan mendaftar dan membuat permohonan jawatan sesuai dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat. Hanya calon yangmelepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia merupakan agensi yang bertindak sebagai agensi dalam tindakan bencana dan kecemasan. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 24 mac 1952 dan kini telah melalui pelbagai revolusi dalam peningkatan dan pemodenan sebagai agensi penyelamat demi kesejahteraan sejagat.
Objektif utama Angkatan Pertahanan Awam adalah bagi:
- Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
- Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
- Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
- Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.
- Memberi respond kepada bencana dengan cara:
- Menubuhkan pasukan (First Responder).
- Menyediakan perkhidmatan kecemasan.
- Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:
- Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
- Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
- Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.
Fungsi utamanya pula adalah melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana; melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan; menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awamm enubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini dan mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.