Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sains Malaysia (USM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Universiti Sains Malaysia (USM)
- PENSYARAH UNIVERSITI VK7 (PROFESOR)
- PENSYARAH UNIVERSITI DS53 (PROFESOR MADYA)
- PENSYARAH UNIVERSITI DS51
Bidang Bagi Jawatan
- Bidang Linguistik Bahasa Melayu dengan pengkhususan:
- Semantik; ATAU
- Pragmatik
- Bidang Kesusasteraan dengan pengkhususan:
- Kesusasteraan Eropah/ Inggeris ATAU
- Teori dan Kritikan Kesusasteraan
- Bidang Pengajian Islam dengan pengkhususan:
- Hadith
Syarat-syarat Kelayakan
- PENSYARAH UNIVERSITI VK7 (PROFESOR)
- 20 penerbitan dalam jurnal berindeks WoS/Scopus sebagai Penulis Koresponden/Penulis Pertama (Corresponding Author/First Author) dengan:
- Lima (5) penerbitan dalam Q1/Q2 di jurnal WOS / Scopus. ATAU
- Sekurang-kurangnya 15 penerbitan dalam jurnal berindeks WoS/Scopus sebagai Penulis Koresponden/Penulis Pertama (Corresponding Author/First Author) dan kombinasi 5 penerbitan bab buku penyelidikan dan buku penyelidikan. DAN
- 20 penerbitan dalam jurnal berindeks WoS/Scopus sebagai Penulis Koresponden/Penulis Pertama (Corresponding Author/First Author) dengan:
- Satu (1) penerbitan Bahasa Melayu dalam bidang kepakaran.
- Geran luar di peringkat kebangsaan/antarabangsa yang kompetitif dan disahkan SELESAI sebagai Penyelidik Utama dengan dana kumulatif mínimum RM100,000.
- Mempunyai pengalaman pengajaran minimum 36 unit kredit DAN minimum dua (2) jenis inovasi dalam penyampaian, penilaian dan penyeliaan.
- Mengijazahkan minimum dua (2) pelajar PhD sebagai PENYELIA UTAMA.
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) lantikan sanjungan akademik di peringkat kebangsaan DAN dua (2) lantikan sanjungan akademik di peringkat antarabangsa.
- Mempunyai perundingan luar luar (termasuk contract research / latihan / perkhidmatan atau sebarang benbtuk penjaan kewangan dalam bidang kepakaran) sebagai Ketua Projek – Komuniti / Industri yang disahkan SELESAI dengan dana kumulatif mínimum RM50,000.
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) penglibatan di peringkat Universiti DAN tiga (3) penglibatan di peringkat kebangsaan/antarabangsa.
- PENSYARAH UNIVERSITI DS53 (PROFESOR MADYA)
- 10 penerbitan dalam jurnal berindeks WoS/Scopus sebagai Penulis Koresponden/Penulis Pertama (Corresponding Author/First Author) dengan:
- Tiga (3) penerbitan dalam Q1/Q2 di jurnal WoS / Scopus. ATAU
- Sekurang-kurangnya enam (6) penerbitan dalam jumal berindeks WoS/Scopus sebagai Penulis Koresponden/Penulis Pertama (Corresponding Author/First Author) dan empat (4) penerbitan bab buku penyelidikan atau satu (1) buku penyelidikan. DAN
- Satu (1) penerbitan Bahasa Melayu dalam bidang kepakaran.
- Geran luar di peringkat kebangsaan/antarabangsa yang kompetitif dan disahkan SELESAI sebagai Penyelidik Utama dengan dana kumulatif minimum RM50,000.
- Mempunyai pengalaman pengajaran minimum 36 unit kredit DAN minimum satu (1) jenis inovasi dalam penyampaian, penilaian dan penyeliaan.
- Mengijazahkan minimum satu (1) pelajar PhD sebagai PENYELIA UTAMA.
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) lantikan sanjungan akademik di peringkat kebangsaan.
- Mempunyai perundingan luar luar (termasuk contract research/latihan / perkhidmatan atau sebarang benbtuk penjaan kewangan dalam bidang kepakaran) sebagai Ketua Projek – Komuniti / Industri yang disahkan SELESAI dengan dana kumulatif minimum RM20,000.
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penglibatan di peringkat Jabatan/Pusat Pengajian/Pusat DAN dua (2) penglibatan di peringkat Universiti/kebangsaan/antarabangsa.
- 10 penerbitan dalam jurnal berindeks WoS/Scopus sebagai Penulis Koresponden/Penulis Pertama (Corresponding Author/First Author) dengan:
- PENSYARAH UNIVERSITI DS51
- Sekurang-kurangnya empat (4) penerbitan dalam jurnal berindeks WoS/ Scopus/ MyCite/ ERA/ Buku Bab Dalam Buku sebagai Penulis Koresponden/Penulis Pertama (Corresponding Author/First Author).
- Pengalaman pengajaran sekurang-kurangnya satu (1) semester / pengalaman dalam bidang industri mínimum tiga (3) tahun.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat dengan menghantar surat permohonan, butiran jaya diri (CV), sijil-sijil akademik,sijil pendaftaran profesional, penerangan ringkas/rancangan pengajaran dan penyelidikan dan dokumen-dokumen sokongan ke alamat e-mel: [email protected].
Pemohon juga perlu menyatakan tajuk e-mel: PERMOHONAN JAWATAN PENSYARAH UNIVERSITI (LINGUISTIK BAHASA MELAYU ATAU KESUSASTERAAN ATAU PENGAJIAN ISLAM).
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan jawatan pada 31 Ogos 2024.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.