Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
PERSONEL MYSTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kekosongan: 3
- Kemudahan: Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Sakit & Cuti Rehat
- Penempatan: Jabatan Pendaftaran Negara, Pulau Pinang
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
- Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi dengan baik, boleh bekerja berkumpulan dan bersedia bekerja diluar kawasan sekiranya diarahkan;
- Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya bagi perisian asas seperti Ms Office dan berkemahiran menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe Premiere;
- Berkebolehan menghasilkan suntingan seperti poster / infografik / video serta mahir menggunakan media sosial terutamanya Tik Tok;
- Berfikiran kreatif dan inovatif.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat dengan menghantar resume lengkap ke alamat e-mel: [email protected]
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan jawatan pada 22 Julai 2024.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jabatan ini bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Selain itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.
Jabatan Pendaftaran Negara ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan – kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan. Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas. JPN juga telah diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian,anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan.
Rekod-rekod kelahiran dan kematian yang telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia masih lagi dipelihara sejak hampir 150 tahun yang lalu. Dalam tahun 1948, kad pengenalan pertama telah dikeluarkan semasa waktu darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran). Peraturan-peraturan 1948 telah diperluaskan melalui Ordinan Darurat 1948.
Kad pengenalan untuk Persekutuan Tanah Melayu telah dikeluarkan pada 2 Ogos 1960. Urusan kelahiran, kematian, pengangkatan, kewarganegaraan dan perkahwinan pada awalnya diletakkan di bawah kerajaan negeri sehingga undang-undang persekutuan dibentuk untuk memberikan perkhidmatan kepada orang awam mengenai perkara-perkara berkaitan pendaftaran. JPN Tanah Melayu telah dibentuk untuk mentadbir akta untuk Parlimen sehingga ke hari ini.
Semenjak penubuhannya, Jabatan ini telah berpindah ke beberapa buah bangunan di Kuala Lumpur dan Selangor. Pada awalnya, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara terletak di Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Pada 1958, Ibu Pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Persekutuan Petaling Jaya untuk menampung pertambahan rekod-rekod, dokumen dan kakitangan yang meningkat.
Selepas beberapa tahun, Ibu Pejabat JPN sekali lagi berpindah ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan kekal di sini sehingga sekarang. Mulai Disember 2004, Ibu Pejabat JPN ini telah beroperasi di Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.