Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Skim Perlindungan mySalam (mySalam). Berikut adalah maklumat lanjut berkenan skim bantuan ini:-
MySalam RM8,000
MySalam pada asasnya merupakan Skim Perlindungan B40 dan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan Malaysia kepada komuniti B40. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.
MySalam dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun, bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023. Namun begitu, disebabkan maklum balas rakyat yang memberansangkan, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025.
Manfaat-manfaat utama MySalam ini adalah:
- Pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun kepada penerimanya yang dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera;
- Jika penerima MySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai, mereka boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli sekali seumur hidup.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 dari kalangan B40;
- Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun;
- Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Cara Semak dan Menuntut MySalam
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan skim ini, semakan kelayakan boleh dibuat di Portal Rasmi mySalam mulai 07 Julai 2024. Caranya adalah dengan mengisi maklumat nombor Kad Pengenalan (MyKad) dan klik pada butang ‘semak’.
Bagi tuntutan mySalam pula, diboleh dibuat dengan tatacara berikut:
Tuntutan mySalam Hospitalisasi
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
- Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah laman dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
- Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan
- Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
- Salinan Nota Discaj
- Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tuntutan mySalam bagi Penyakit Kritikal
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritika
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Maklumat lengkap berkenaan mySalam, boleh dibaca secara lebih terperinci – DI SINI.