Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
- PEMANDU (BAS DAN LORI)
- PEKERJA AM (PEMBANTU PENGELUARAN)
- JURUWANG (PEJABAT)
- PEMBANTU MAKMAL
Syarat-syarat Kelayakan
- PEMANDU (BAS DAN LORI)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 28 – 35 tahun;
- Mahir memandu dan menyelenggara kenderaan syarikat (bas atau lori);
- Mempunyai lesen E Full, PSV, & GDL.
- PEKERJA AM (PEMBANTU PENGELUARAN)
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki kelayakan SPM dan setaraf;
- JURUWANG (PEJABAT)
- Warganegara Malaysia;
- Wajib lulus matapelajaran Matematik di peringkat SPM (keputusan credit dan keatas akan diutamakan);
- Mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius;
- Bersedia berkerja lebih masa dan menerima panggilan bekerja semasa di dalam waktu cuti rehat (Off Day/Rest Day) mingguan;
- Pantas belajar dan menerima dan memahami arahan tugasan dengan cekap;
- Bersedia berkerja di dalam suasana tekanan kerja yang pantas dan pemeriksaan dokumen dalam kuantiti yang banyak;
- Memerlukan pergerakan fizikal yang kuat dan pantas;
- Wajib lengkap vaksinasi (2 dos + 1 booster);
- Wajib sertakan sijil keputusan SPM.
- PEMBANTU MAKMAL
- Warganegara Malaysia;
- Sekurang-kurangnya Diploma Sains Makanan/Bioteknologi atau pengajian berkaitan;
- Graduan baru dialu-alukan untuk memohon;
- Mempunyai lesen memandu atau motor yang sah;
- Perlu melakukan perjalanan antara loji di kawasan Shah Alam dan Puchong;
- Celik komputer, mahir menggunakan Microsoft Office;
- Perhatian kepada perincian, tersusun dan proaktif;
- Bersedia untuk belajar sikap dengan pemikiran yang positif.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan mendaftar dan membuat permohonan jawatan sesuai dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat. Hanya calon yangmelepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Ditubuhkan pada tahun 1986, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia KL) adalah sebuah usahasama antara QAF Limited, iaitu sebuah syarikat kumpulan makanan tersenarai di Singapura yang juga mengusahakan Gardenia Singapura, Gardenia Filipina, dan Padiberas Nasional Berhad Malaysia.
Kilangnya beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu bagi memastikan para pengguna dapat menikmati produk-produk Gardenia yang segar setiap hari. Sejarah awalnya bermula seawal tahun 1969 apabila Perbadanan Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (IESC) menghantar Horatio Sye Slocumn, seorang rakyat Amerika Syarikat, yang membawa pengalaman membuat roti selama 35 tahun dari sebuah rangkaian bakeri terkemuka Amerika, ke Malaysia.
Pada hari ini, Gardenia adalah pengilang roti terbesar di Asia Tenggara. Ia juga mengusahakan kilang-kilang roti di Malaysia dan mengeluarkan 53 jenis produk setiap hari, termasuklah roti, ban, roti berinti krim, kek, wafel, wrap dan produk-produk lain seperti lepa serta mee kuning.
Semua produk Gardenia telah disahkan HALAL oleh JAKIM/JAIS/JAINJ. Pemeriksaan oleh pegawai dari JAKIM/JAIS/JAINJ kerap dilakukan untuk menyelia dan memastikan keseluruhan operasi kami mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka.